Peluang Meet and Greet Kumpulan You Me At Six

Hehehehe. Masih tersengih-sengih sampai hari ini. Peluang Meet and Greet Kumpulan You Me At Six!!! Jerit kuat-kuat! Yelah ini kali pertama dapat VIP Pass Meet and Greet kumpulan antarabangsa. Selebriti berkumpulan pertama ruby dapat jumpa! Hahaha. Sorry ruby jakun sikit bila dapat jumpa mereka! kacak pula tu. Juling sekejap. Hahaha.

You Me At Six

Seperti anda sedia maklum kumpulan You Me At Six membuat persembahan di KL Live pada 2 September 2014 yang lalu. Persembahan yang sangat mantap dan kumpulan ini terkenal dengan pengikutnya yang tersendiri. Mereka nyanyi lagu apa pun, pasti pengikut pun menyanyi juga!

Ruby masa menonton konsert You Me At Six Live in Kuala Lumpur, ruby menantikan lagu Kiss & Tell dan Fresh Start Fever secara langsung. Memang best dan bertenaga!

Berapa banyak lagu mereka nyanyi pun ruby tidak pasti. Tapi non stop dan semuanya best! Ahli kumpulan You Me At Six terdiri daripada Josh Franceschi, Max Helyer, Chris Miller, Dan Flint & Matt Barnes. Ruby paling minat drummer dia! Hahahaha.

Peluang Meet and Greet Kumpulan You Me At Six

Dari kiri Chris Miller (Pemain Gitar) ,  Matt Barnes (Pemain Gitar), Max Helyer (Pemain Gitar), Dan Flint (Pemain Drum) dan Josh Franceschi (Penyanyi Utama).

Terima kasih kepada Manoah Consulting dan Livescape Asia untuk peluang ini! Seronok gilerrr!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.