Perjalanan Ke Agrofarmstay @ Skill-Tech

Ruby menerima jemputan dari #KelabBloggerBenAshaari untuk beriadah bersama rakan-rakan blogger. Perjalanan Ke Agrofarmstay @ Skill-Tech bermula pada 19 Sept 2014 jam 3 petang Ruby sekeluarga sudah bertolak.

image

Tetapi kami lewat tiba di lokasi kerana kesesakan lalu lintas di MRR2 dan Jalan Tun Razak. Puas suami pintas jalan mudah, tetapi sangkut juga dekat jalan sesak walaupun pada jam 3.30 petang. Mungkin hari tersebut ramai keje separuh hari kot. Hahaha.

Jam menunjukkan 4 petang, 5 petang. Tetapi kami masih di Kuala Lumpur. Sungai Besi rasa teramat jauh! Hurmm. Jalan jem sampai rasa sakit kepala. Hahaha.

image

Adam sampai tidur bangun tidur balik. Kematu punggung bila berada dalam kesesakan jalan jem di Kuala Lumpur. Masa tu kami mula lah tukar-tukar siaran radio dan tukar-tukar cd lagu. Hehe.

Kami tiba di Exit Ayer Keroh Melaka pada jam 8 malam. Hahaha. Bayangkanlah. Kerana sesak di Kuala Lumpur, lewat kami tiba. Lepas ni akan merancang untuk lebih awal bertolak kemana-mana destinasi percutian. Takdalah sangkut kat kesesakan lalu lintas. Hehehe.

image

image

image

Tiba di Agrofarmstay @ Skill-Tech, Daftar diri di Lobi Attap dan dengar taklimat berkenaan tempat ini di Dewan Lili.

image

image

image

Macam biasa, sesi taklimat akan dimeriahkan dengan pandangan dari blogger. Wakil dari blogger adalah En Ben Ashaari la kan. Hahaha.

Selesai sesi taklimat kami semua ke Dewan Palma untuk makan malam! Selesai makan jom bergambar dan check in bilik.

image

image

Rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Aksi apa la Ena dan Uzu buat tu. Hahaha.

Rumah kami pada malam ini di Villa!

image

image

image

Selamat malam!

www.agrofarmstay.my

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

7 thoughts on “Perjalanan Ke Agrofarmstay @ Skill-Tech

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.