Persembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia

Persembahan silap mata David Blaine di Malaysia? David Blaine, siapa tidak pernah tonton silap mata yang beliau lakukan? Tonton di siaran AXN 701, pasti anda ingat David Blaine yang sering melakukan silap mata si khalayak ramai dan magic yang sangat dekat dengan anda. Kebiasaannya beliau akan menggunakan daun terup dan membuat silap mata! Masa ni memang “mind-blowing”. Soalan macam mana boleh jadi macam tu? Macam mana dia buat? Itu ruby pun tidak boleh jawab walaupun dah tonton secara langsung persembahan silap mata David Blaine tadi. Hahaha!

David Blaine

LOL Acara & Livescape Asia dengan bangganya mempersembahkan ahli silap mata paling terkenal di dunia, David Blaine, Live di di Malaysia pada 5hb Sept 2014 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. David Blaine adalah konvensional ahli silap mata jalanan yang terkenal kerana melakukan aksi lasak seperti “Frozen In Time” di mana beliau telah dibekukan ke dalam blok ais selama 72 jam, “Above The Below”, di mana dia tidak makan untuk 44 hari dan “Vertigo”, di mana dia berdiri untuk 44 jam pada platform 22-inci. “Human Aquarium” adalah aksi yang paling diingati ramai apabila beliau akan tenggelam di dalam air selama tujuh hari, menerima udara dan makanan melalui tiub.

David Blaine memulakan siri lawatan Asia pertama dan akan mempersembahkan tahap ilusi dan aksi ketahanan. Beliau akan membuat silap mata bersama penonton selama 90 minit di stadium dimana penonton akan dibiarkan meneka jika perbuatan itu adalah REAL atau MAGIC.

Tadi di Stadium Negara, aksi yang ditunjukkan oleh David Blaine adalah minum 6 botol 500ml air dan air itu digunakan untuk memadam api. Hah? Mana dia simpan air tu?

Persembahan Silap Mata David Blaine Di MalaysiaPersembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia Persembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia Persembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia

Real Or Magic??

Ini adalah video pendek semasa aksi menggunakan paku pengetuk ais. Seram sejuk tengok! Kemudian silap mata menggunakan pen, kad daun terup, puzzle dan aquarium manusia!

Persembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia Persembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia Persembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia

Kesemua aksi yang dilakukan memang membuat ruby terfikir ini bukan magic. Ini kelebihan yang luar biasa seseorang manusia! Persembahan dari David Blaine tidak mengecewakan dan penuh dengan tanda tanya. Hahaha.

Terima kasih kepada Manoah Consulting dan Livescape Asia untuk peluang ini! Ruby nak cuba buat magic puzzle tu. Hahaha.

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Persembahan Silap Mata David Blaine Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.