Produk Pensonic Selebriti Chef Dato’ Haji Ismail

      No Comments on Produk Pensonic Selebriti Chef Dato’ Haji Ismail

Sempena Hari Raya dan Hari Merdeka yang lalu, Pensonic telah melancarkan Kelas Memasak siri Chef’s Like & Peraduan “Bring Chef Home” bermula 1 Mei – 31 Julai 2014, sebagai ganjaran kepada semua pelanggan Pensonic yang telah membeli produk Pensonic siri Chef’s Like iaitu “Produk Pensonic Selebriti Chef Dato’ Haji Ismail“, yang direka bentuk khas untuk mengintegrasikan pelbagai fungsi serta gaya – menjadikan memasak sebuah keseronokan hidup yang ‘enak’.

Produk Pensonic Siri Chef Like terdiri daripada Pengisar (PB 510), Pengadun (PM 214), Pengukus makanan (PSM 161), Periuk Serba- Guna (PMC 150g), Ketuhar Elektrik (AE 19N), Periuk Nasi Stim (PSR 17N) dan Ketuhar Gelombang Mikro (PMW 200).

Produk Pensonic Selebriti Chef Dato’ Haji Ismail

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kelas memasak yang dikendalikan oleh Chef Selebriti, Dato ‘Chef Haji Ismail, langkah yang mudah bagi pelanggan hanya perlu membeli mana-mana Produk Pensonic siri Chef’s Like, isikan borang peraduan ,e-mel atau pos kepada Pensonic.

Mereka yang terpilih akan layak untuk menghadiri Kelas Memasak bersama Selebriti, Dato Chef Haji Ismail di Sabah, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuantan. Pemenang hadiah utama Peraduan “ Bring Chef Home” berhak untuk membawa Dato ‘ Chef Haji Ismail ke rumah mereka untuk memasak bagi tetamu and ahli keluarga serta memberi inspirasi kepada kreativiti masakan menggunakan Produk Pensonic Chef Like.

Selebriti, Dato’ Chef Haji Ismail berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan duta terkenal dalam mempromosikan masakan tempatan Malaysia. Beliau sering dijemput ke luar negara untuk memperkenalkan, hidangan lazat tempatan melalui demonstrasi memasak. Dato ‘Chef Haji Ismail, juga merupakan sahabat Pensonic dari tahun 2005.

Produk Pensonic Selebriti Chef Dato’ Haji Ismail

Di sini, kami ingin mengumumkan bahawa kami berjaya menjalankan Kelas-kelas Memasak bersama Selebriti, Dato Chef Haji Ismail dalam bulan Ogos 2014 dan tahniah kepada Cik Norhona Leong Abdullah yang memenangi Hadiah Utama untuk membawa pulang chef pada 30 Ogos 2014 untuk meraikan Hari Merdeka eve di Sutera Harbour Kota Kinabalu, Sabah. Pensonic ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua media, pelanggan dan peniaga yang menjayakan peraduan ini.

Produk Pensonic Selebriti Chef Dato’ Haji Ismail

Sekali lagi, Pensonic ingin berterima kasih bagi pihak yang menjayakan Peraduan ini dan memberi sokongan terhadap kelas memasak. Jangan risau, jika anda terlepas peluang. Sila nantikan Peraduan sebegini pada masa hadapan! Sokongan anda amat kami hargai!

www.facebook.com/pensonicmalaysia

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge