Shopping Spek Mata Di Vision Spa Sunway Mentari Lama

Sekarang ni Adam asik nak kokak spek mata Ruby. Jadi Ruby pun nak mencari spek mata baru sebab dah senget benget spek mata yang sedia ada ni. Perkenalan Ruby dengan Vision Spa melalui seorang teman, dia cakap Vision Spa Sunway Mentari Lama ni bagi harga murah walaupun ia spek berjenama. Kalau di luar RM 800, Vision Spa jual RM 500. Lebih kurang macam tu la.

Ruby ke Vision Spa dengan niat nak cari spek mata untuk mata rabun dan Ray Ban Aviator. Hahaha. Stailo la skit kan. Vision Spa juga mempunyai servis perunding imej dan ia FREE. Sambil-sambil anda memilih rekaan spek mata tu, kalau rasa nak tanya pendapat mereka. Mereka dengan hati terbuka je bagi pendapat. Kadang-kadang dekat poster atau selebriti yang pakai spek mata tu nampak kacak je kan. Bila kita pakai? Haaaa. Tak sekacak dan stailo mereka kan dah sedih. Jadi, Vision Spa akan beri pandangan sehingga anda nampak lebih “outstanding” dengan rekaan yang sesuai.

Ruby pun ada masalah memilih spek mata. Kadang-kadang tengok muka selebriti tu macam bentuk muka kita je. Hahaha. Perasan cun la dengan rekaan spek mata mereka pakai. Hakikatnya bila pakai? Hampa! Tak sesuai! Jadi Ruby akan pilih 3 yang terbaik yang Ruby rasa sesuai dan kena jiwa Ruby.

Apa pendapat anda dengan spek mata untuk mata rabun.

image

image

image

Ruby suka gambar yang terakhir ni. Walaupun ia bulat. Tapi macam sesuai je dengan bentuk muka Ruby yang bam bam ni. Lagi satu ia sesuai dengan karakter Ruby yang lucu dan suka ketawa. Bukanlah nak jadi badut ke apa, tapi memang kena jiwa. Outstanding! Apa pendapat anda?

Untuk spek mata Ray Ban Aviator yang sama rekaan pun Ruby pening kepala fikir. Walaupun warna berlainan, ia memberi impak juga kepada penampilan diri. Haha.

image

image

image

Stailo kan? Hurmmm. Mana satu nak pilih ni? Apa pendapat anda? Bantulah pilihkan untuk Ruby sebelum Ruby beli spek mata ni. Nak ke Vision Spa ni mudah je. Sebelah Old Town White Coffee Sunway Mentari Lama je. Hehehe.

image

Vision Spa Optical Store

Mentari Bussines Park
23, Jalan PJS 8/7, Mentari Bussines Park, 46150 Sunway, Selangor
No Tel : 03-5612 9500
Waktu Operasi : 10:00 am – 10:00 pm

facebook.com/visionspa9500

xoxo!

image

 

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

14 thoughts on “Shopping Spek Mata Di Vision Spa Sunway Mentari Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.