Sukaneka di Agrofarmstay @ Skill-Tech

      10 Ulasan pada Sukaneka di Agrofarmstay @ Skill-Tech

Selamat pagi, hari ini ruby bangun seawal jam 6.30 pagi. Solat subuh, mandi, mandikan Adam, siapkan Adam, siapkan baju suami. Tepat jam 8 pagi baru siap semua. Terus kami dan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari ke Kolam Renang untuk sarapan pagi dan seterusnya bermain aktiviti Sukaneka di Agrofarmstay @ Skill-Tech.

image

image

Bergambar bersama adik-adik dari Kolej Vokasional Muadzam Shah, Pahang.

Sebelum memulakan aktiviti Sukaneka, lakukan senaman ringan dan nyanyi “Goyang-goyang, saya pecah lemak”. Hehehe.

image

Sukaneka ini kelolaan Agrofarmstay @ Skill-Tech. Dah lama tidak bermain, kurus juga lah bila lakukan aktiviti ni. Hahaha. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri dari 5 orang blogger. Kombinasi kumpulan ruby adalah Abang Zaini, Kak Hanim, Isteri Shahir, Angah Judin dan Ruby laaaa.

Permainan pertama adalah temping boling. Masa ni la nak tunjuk bakat ala-ala Shahlin Zulkifli. Hehehe. Walaupun guna buah kelapa, ruby berjaya turunkan 2 botol air mineral. Yay!

image

Kemudian permainan pass belon yabg berisi air kepada ahli kumpulan dari belakang. Ahli kumpulan yang berada di belakang kena sambut. Jika belon pecah? Maka basah lah anda. Sewaktu permainan tadi, belon terakhir yang ruby dapat meletup di dada. Basah lenjun muka, tudung, baju dan seluar. Hahahaha.

image

Seterusnya adalah permainan mencari gula-gula dalam tepung. Ada lima biji gula-gula. Jadi seorang satu ahli kumpulan akan dapat gula-gula tersebut. Hehehe.

image

image

Permainan yang paling mudah bagi ruby adalah bawa bola ping pong dengan sudu yang berada di mulut. Hehehe. Tipsnya adalah tahan nafas. Supaya bola tidak bergerak atau jatuh.

image

Laju juga kumpulan kami menyelesaikan permainan bawa bola ping pong dengan sudu. Tapi kami kalah dengan kumpulan anak dara sunti (Sue, Uzu, Qaseh, Yanty dan Yaya). Hahaha. Kemudian permainan bawa buah kelapa di celah peha. Hahaha. Permainan ini memang lawak. Sebab perlukan skill. Ruby rasa si Syahir dari Fuh.My tu berjaya membawa tips yang bernas dengan melompat-lompat comel macam penguins. Hahaha. Terus ruby berhenti bawa kelapa tu sebab tidak tahan ketawa.

image

Permainan terakhir kami adalah meniup belon sampai pecah. Ini adalah permainan yang paling ruby seram nak buat. Yelah pecah kan belon sambil tiup. Kebas bibir dan sekitarnya. Tapi ruby tiup tak kembong sangat pun dah meletop sebab kuku panjang. Tercengkam kuat sebab takut. Hahaha.

image

Semasa meniup belon. Gigih tak? Hahaha.

image

Selepas tiup belon. Masa ni dah rasa macam bibir Angelina Jolie dah. Kebas hoi. Hahaha.

image

Kami main sukaneka untuk suka-suka. Tiada hadiah pun, tapi kegembiraan ni memang tidak boleh dinilai.

Semua blogger yang terlibat memang sporting. Hahaha. Dengan kumpulan Najeeb, Abang Eyriqazz, Kyle, Syahir dan Faizal yang lawak main boling tak kena-kena. Tapi kepit buah kelapa boleh pula menang? Hahaha.

www.agrofarmstay.my

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

10 comments on “Sukaneka di Agrofarmstay @ Skill-Tech

  1. Pingback: Cuti-Cuti Melaka | Eyriqazz.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge