Suntikan MesoLipo Dari Klinik Premier

Suntikan MesoLipo Dari Klinik Premier? Suntikan MesoLipo cairkan lemak.? Ya betul! Hahaha. Ruby nak cerita pengalaman Ruby semasa melakukan rawatan MesoLipo ni. Pada mulanya tergoda dengan slimnya mak merah tu. Hahaha. Sejak tahun lepas kalau jumpa kak Red, mesti tertanya-tanya apa yang akak buat kak. Slim kalah anak dara ni. Malah anak dah 3 orang pula tu. Kak Red masa tu hanya bagi tau, akak diet HCG 500gram sehari. Waaaah!

Wahh! terkejut tu meliputi 500gram apa yang boleh Ruby makan. Tambahan pula nak menyusukan Adam dan makanan orang Malaysia faham-faham la kan gila punya “bertingkek-tingkek” minyak, gula, kanji dan garam. Untuk wanita jumlah kalori adalah 1200gram sahaja. Itu pun jika kita tidak sedar sebenarnya kita dah makan berlebihan dari angka yang sepatutnya. Jika Ruby tidak tahu berkenaan ini, Ruby kira pengambilan makanan Ruby dah 4000gram kalori setiapp hari. Kesiannya badan Ruby. Kerana nafsu, saluran darah kita yang menjadi mangsa.

Ibarat macam longkang tersepit, macam mana nak bersihkan? Hurmmm. Ruby kena start diet walaupun menyusu badan. Maksud Ruby, kita boleh amalkan makanan yang boleh membantu menghasilkan susu selalin makan nasi berkanji, minuman berais, minuman yang dicampur gula dan kuantiti sehari pengambilan makanan.

Dari sini, Ruby berkenalan dengan Klinik Premier. Klinik aesthetic yang sangat terkenal. Majoriti kalau cakap Klinik Premier TTDI mesti kita semua tahu. Hehe. Landmark mudah adalah berdekatan Pizza Hut TTDI. Ruby buat temujanji hari ini 24 Sept 2014 jam 11 pagi. Hari ini ramai juga orang.

image

image

image

image

Sebelum berjumpa doktor, kita akan diperkenalkan dengan jenis-jenis rawatan yang disediakan di Klinik Premier. Kesan-kesan pengambilan juga akan diberitahu. Apa-apa soalan anda boleh terus bertanya. Ruby dan En. Marcus.

Disebabkan Ruby dah buat temujanji, jadi masa tu cepat la kan. Isi borang butiran peribadi dan tunggu doktor panggil. Doktor Elaine pun tanya soalan “Apakah yang Ruby betul-betul risaukan dengan penampilan diri Ruby?”. Jawapannya sudah tentu Ruby jawab “Bentuk Badan terutama kawasan perut.” Doktor pun beritahu bahawa diet HCG sangat bagus sebab ia meliputi keseluruhan badan. Sambil diet sambil membentuk badan. Menggunakan suntikan untuk efek hormon. Bila bab hormon ni, Rubt bertanya dekat doktor “Untuk breast feeding mummy sesuai tak?”. Doktor pun jawab “Untuk breast feeding mummy tidak sesuai sebab suntikan akan efek hormon dan Ruby makan 500gram sehari sahaja. Nanti Ruby tiada tenaga dan produksi kilang susu akan berkurang”.

image

Dr. Elain Chong dari Klinik Premier TTDO

image

Jadi, demi Adam yang sedang menyusu badan. Doktor Elaine mencadangkan Ruby ambil Vanquish Radiofrequency (RF) atau MesoLipo Fat Melting Injection. Tapi kalau nak Vanquish kena set temujanji lagi sekali sebab nak sediakan mesin. Jadual klinik agak padat pada hari sabtu. Jadi Ruby pun pilih MesoLipo yang menggunakan Mesotherapy.

Apa Itu Mesotherapy?

Mesotherapy (dari mesos Yunani, “tengah”, dan terapi dari therapeia Yunani, “untuk merawat perubatan”) adalah rawatan perubatan kosmetik bukan pembedahan. Mesotherapy menggunakan pelbagai suntikan farmaseutikal dan ubat-ubatan homeopati, ekstrak tumbuhan, vitamin, dan bahan-bahan lain lemak intosubcutaneous. Suntikan mesoterapi mensasarkan sel-sel lemak adipos dengan menggalakkan lipolisis, pecah dan sel adipocytes.

image

Michel Pistor (1924-2003) melakukan penyelidikan klinikal dan mengasaskan bidang mesoterapi. Penyelidikan multinasional dalam terapi suntikan bermula 1948-1952 dalam rawatan mesoterapi manusia. Akhbar Perancis menulis berkenaan Mesotherapy pada tahun 1958 oleh Perancis Académie Nationale de Médecine dan Mesotherapy diiktiraf sebagai Pakar Perubatan Kecantikan pada tahun 1987. Popular di seluruh negara-negara Eropah dan Amerika Selatan, mesoterapi diamalkan oleh kira-kira 18,000 pakar perubatan di seluruh dunia.

image

Bilik rawatan Ruby.

image

Sebagai blogger dan orang awam kita perlu tahu apa rawatan yang kita ambil. Bila dah baca berkenaan Mesotherapy,  informasi dari Wikipedia. Rasa takut pun hilang. Ruby memang seram sikit melakukan apa-apa rawatan yang menggunakan suntikan. Hahaha. Sebanyak 10ML Mesotherapy digunakan untuk Ruby. Kawasan bakal di suntik adalah bahagian perut. Pembantu doktor akan ambil ukuran BMI dan menanda kawasan untuk disuntik disekitar perut. Untuk Ruby yang ada lemak banyak, doktor akan suntik Mesotherapy berkali-kali. Hehehe. Mok sungguh.

image

image

image

image

Semasa suntikan dijalankan perut Ruby diletakkan ais untuk kebaskan dan tenangkan Ruby. Ais kan nyaman. Lepas tu Doktor Elaine akan mulakan suntikan. Ingatkan sakit sangat. Rupanya tidak la sakit mana pun. Cuma gementar tu yang menguasai diri. Jika kita gementar, risiko masa suntikan akan keluar darah lagi la buat Ruby cemas kan. Jadi, Ruby hanya relax dan fikir beauty is pain. Ewaaahh. Hahaha. Alhamdulillah tiada darah, kemerahan dan bengkak ke apa. Suntikan ini sangat selamat. Rasa macam kena cucuk-cucuk manja. Memang tidak sakit langsung!!

Selepas suntikan, perut Ruby disapu antibiotik. Nanti antibiotik untuk disapu dirumah juga akan diberi. Untuk dua hari sahaja sapu antibiotik selepas mandi. Mudah kan? Keputusan mungkin cepat bagi sesetengah badan. Macam Ruby selepas je suntikan Mesotherapy, perut dah rasa mengeras dan panas. Bila ukur dah 1 inci kurang. Hahahaha suka gila!. Sebenarnya keputusan akan diketahui selepas 3 ke 4 hari. Sebab ini untuk cairkan lemak di kawasan tertentu. Jadi, tidak la pula berat badan akan berkurang. Hahaha. Ruby berat 74kg. Mungkin dicampur dengan diet seimbang. Boleh juga dapat berat yang ideal iaitu 60kg kan? Mustahil la dah buat suntikan MisoLipo di Klinik Premier tetapi taknak berdiet? Mesti berdiet supaya apa yang kita laburkan tidak sia-sia!

Suntikan MesoLipo dari Klinik Premier RM 450 untuk satu sesi. Setiap bentuk badan dan kawasan yang anda nak cairkan lemak bergantung kepada diri anda. Doktor akan cadangkan berapa sesi sesuai untuk anda. Hehehe. Ruby nak keseluruhan perut.

Suntikan Mesotherapy di amalkan oleh model, selebriti yang inginkan rawatan cepat dan tidak perlu ambil masa untuk pulih. Lepas suntikan, kita boleh teruskan aktiviti kita macam biasa.  MesoLipo Fat Melting Injection dari Klinik Premier sangat terkenal. Ramai dah buat rawatan ini. Termasuklah Ruby!

image

Premier Clinic
No.31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur.

Hubungi : +603 – 7732 5552 / +6012 -6625 552 (mobile)

Waktu Beroperasi : Selasa – Sabtu, 10am – 7pm
Ahad / Isnin / Cuti Umum Klinik Premier Tutup

Email: contactus@premier-clinic.com

www.premier-clinic.com
wikipedia.org/wiki/Mesotherapy

Selamat mencuba!

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 thoughts on “Suntikan MesoLipo Dari Klinik Premier

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.