Inovasi Kreatif Beg Terminus

      8 Comments on Inovasi Kreatif Beg Terminus

Bag adalah keperluan, tidak kira anda lelaki atau perempuan. Mesti wajib ada bag. Takkan nak pegang henfon, kunci, ipad dan kamera di tangan je kan. Tak selamat lah nak kemana-mana kerana berisiko di rompak. Ruby kalau beli bag memang ambil masa yang lama kerana sibuk belek-belek bag. Fikirkan berapa banyak poket yang diperlukan. Poket untuk apa dan sesuai ke tidak. Kemudian baru bahagian pilih rekaan corak dan warna. Jom kali ini kita shopping di Terminus Bag 1Utama. Bag di sini lebih kepada design tote dan sporty yang ruby akan cari. 🙂

Terminus Bag 1Utama

Terminus Bag 1Utama

Terminus

Terminus adalah jenama bag yang bertaraf antarabangsa,  ia adalah jenama yang percaya tiada sempadan untuk inovasi dan kreativiti. Jenama ini terus berkembang dengan inspirasi dari reka bentuk yang diilhamkan oleh pereka berbakat dari negara-negara yang berbeza untuk memberikan gaya yang benar-benar global. Beg ini menggabungkan gaya dengan ketukangan yang luar biasa agar memastikan kualiti tiap rekaan.

Setiap produk Terminus direka untuk piawaian tertinggi:
– Fungsi
– Rupa
– Fesyen
– Sentuhan

Rangkain Terminus Bag

Bila Ruby masuk ke butik Terminus di 1Utama, ruby jadi rambang mata nak pilih bag. Teralu banyak pilihan. Dari bag yang untuk keperluan kerja hingga ke bag ayah pun ada. Adoi garu kepala nak yang mana satu. Tapi tidak lah sampai membazir dengan pilih bag yang dah sedia ada. Ruby lebih suka beli bag ikut keperluan. Macam sekarang ni, bag hand bag dah ada, bag tote pun masih banyak lagi belum pakai dan bag ayah-ayah pun ada. Hahaha. Bag ayah-ayah tu bag pampers si Adam.

Ruby terfikir bag yang paling kerap dipakai adalah bag laptop. Walaupun tak bawa laptop dalam bag tu tapi back pack tu lah yang sering dipakai. Dah lunyai dah pun bag Golla yang dibeli pada tahun 2009 dan digunakan sampai la sekarang. Zip masih okay tapi pemegang zip dah patah.

Jom kita laksanakan misi mencari back pack laptop di Terminus Bag 1Utama dan dibantu oleh Encik Liew Bin, Founder and CEO of Terminus. Kebanyakan bag yang di rekemen oleh Encik Liew memang menepati citarasa Ruby. Poket banyak, siap menyorok-nyorok lagi. Lepas tu bag tu tetap kemas walaupun disumbat banyak barang. 

Terminus Bag 1Utama

Terminus 5 in 1 Transformer – RM 699

Bag ini 5 dalam 1! Sesuai untuk travel blogger atau mereka yang kerap ada business trip. Bag ini anda boleh simpan laptop, passport, gadget, wayar dan pakaian juga! Hebat kan. Pastinya troli beroda diperlukan kerana barang-barang yang kita ingin bawa bersama adalah berat. Bag ini sesuai untuk  kabin pesawat semua syarikat penerbangan.

Terminus Bag 1Utama

Terminus The Bright Tote (Red) – RM 469

Terminus Bag 1Utama Terminus Bag 1Utama Terminus Bag 1Utama

Bag ini sangat bagus kerana ia banyak poket, mudah untuk wanita kerana memiliki lampu LED apabila zip dibuka. Lepas ni kalau cari kunci kereta atau henfon di dalam bag tidak lah ambil masa yang lama. Hehehe. Bagus betul idea dan inovasi bag macam ni.

Terminus Bag 1Utama

Terminus Urban Dad Backpack – RM 299.00

Terminus Bag 1Utama Terminus Bag 1Utama Terminus Bag 1Utama

Terminus Pillow untuk saiz Ipad dan Tab – RM 218

Terminus Bag 1Utama Terminus Bag 1Utama

Terminus Bag 1Utama

Terminus Pillow Laptop Bag – RM 239

Terminus Bag 1Utama

Terminus Wrinkle (Red) – RM 189.00

Terminus Bag 1Utama

Bag sekolah Terminus pun ada. Cantik JQ pakai. 🙂

Terminus Bag 1Utama

Terminus X-Series Backpack – RM 328

Jadi dalam banyak-banyak bag yang disyorkan oleh Encik Liew, mana satu yang ruby berkenan? Hehehe. Ruby berkenan dengan Terminus X-Series Backpack yang shakiddo pakai tu. Kid jadi model kejap. Haha.

Terminus X-Series Backpack

 

Terminus Bag 1Utama

Terminus Bag 1Utama

Kulit PU,  satu ruang utama yang besar untuk pakaian, ruang berzip untuk aksesori, kedua-dua kiri kanan beg ada tempat simpan botol air,  reka bentuk ultra-dinamik, kapasiti muatan lebih 8kg.

Terminus Bag 1Utama Terminus Bag 1Utama Terminus Bag 1Utama

Terminus X-Siri Backpack menyediakan kelengkapan untuk anda yang ingin melancong, business trip dan bersukan. Ia beg yang serba boleh! Beg ini mempunyai satu ruang utama yang besar untuk meletakkan pakaian anda dan ruang berzip untuk aksesori. Ia juga dilengkapi dengan tali bahu berpad yang boleh diselaraskan untuk pengendalian mudah. Menyimpan terhidrat semasa dalam perjalanan adalah penting. Terminus X-Siri Backpack datang dengan pemegang botol air ke atas kedua-dua belah beg galas. Beg boleh memuatkan sehingga 8 kg kapasiti. Reka bentuk ultra-dinamik memberikan ransel wajah yang licin berkilat, sesuai untuk sesiapa sahaja. Oh lagi satu ia kalis air!

Apa yang best apabila membeli beg di Terminus adalah ia memberi waranti selama 1 tahun! Mana nak dapat??

Kunjungi cawangan Terminus di 1Utama Shopping Mall, Lot S213A, 2nd Floor. Lokasi dekat laluan sambung diantara Old Wing dan New Wing. Berdekatan dengan Scholl dan berdepan dengan Sushi Q.

www.facebook.com/terminusbag

www.terminusbag.com

Online Shop : www.bagmanonline.com.my dan Lazada.

xoxo!

sign5

8 comments on “Inovasi Kreatif Beg Terminus

  1. Pingback: Terminus X-Series Backpack Dah Sampai - Ruby.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.