Top 5 Peserta AF2014 Kegemaran

Top 5 Peserta AF2014 Kegemaran?? Baru-baru ni Ruby berkesempatan menonton Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014 secara langsung! Ini adalah Akademi Fantasia tahun yang ke-10! Teringat dulu, permulaan mak daftar Astro sebab nak tengok Akademi Fantasia. Pergi sekolah, kawan-kawan bercerita. Terus tanya mak, kat mana nak tengok Vince? Mak pun jawab Vince tu siapa? Hahaha.

Bayangkanlah masa tu usia baru 16 tahun, dah sibuk suruh mak pasang Astro. Tapi mak tak pasang lagi. Hahaha. Mak pasang Astro masa demam Mawi tu. Perghh kerana Mawi mak baru nak daftar Astro! 2005 baru merasa ada Astro! Anda dah tonton Konsert Pertama Mingguan AF2014? Apa pendapat anda?

Ruby suka sangat gandingan Jehan dan Zizan. Dua-dua ada chemistry yang membawa seronoknya Konsert Mingguan Akademi Fantasia 2014. Lawak pun mengena dan mereka kaitkan dengan rakan selebriti yang seluruh rakyat Malaysia kenal. Tidak buat lawak serius dan santai sepanjang 3 jam konsert berlangsung. Jadi memang gelak aje sepanjang mereka mengacara.

Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014 Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014

Rombongan pak cik Ben bersama rakan bloggers membuat liputan Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014. Hehehe. Abang Ben, Najeeb, Kak Sue, Qaseh, Fatin, Uzu, Yaya, Yanty, dan Ruby. Pertama kali tonton Konsert Akademi Fantasia secara langsung. Meremang bulu roma! Top 5 Peserta AF2014 kegemaran Ruby.MY adalah mereka ni.

Nuha

Konsert-Mingguan-Pertama-Akademi-Fantasia-2014-15 Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014

Pergggh suara Nuha ni memang besar dan steady! Dengar setiap sebutan dengan jelas malah bila dengan orkestra ni lagi menyerlahkan bakat yang dia ada!

Ewal

 

Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014 Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014

Suara Ewal ni pun terbaik. Persembahan pun berani, tidak simpan-simpan. All Out. Memang patut la ramai peminat dia. Sebelum konsert bermula ruby perhatikan ramai penyokong Ewal dah ready seawal jam 6 petang. Siap dengan baju warna merah.

Firman

 

Konsert-Mingguan-Pertama-Akademi-Fantasia-2014-14 Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014

Latar belakan Firman memang lain dari peserta lain, tetapi beliau membuka mata ruby la dengan suara dia yang lain dari yang lain tetapi wajah iras dengan selebriti sedia ada di Malaysia iaitu Joey Daud dan Tam Spider. Hahahaha. Relaku Pujuk mencengkam jiwa! Best Best!

Muna

 

Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014 Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014

Banyak juga komen negatif yang terkejut dengan persembahan dari Muna. Tapi inilah waktu mereka nak tunjuk kelebihan kan. Muna dengan cara macam ni. Peserta lain dengan cara mereka. Bagi ruby Muna jenis yang berani dan buat je apa yang dia rasa boleh majukan dia. Suara juga perghhh terbaik!

Adel

 

Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014

Adel pula muka rileks tapi suara. Suara besar dan jelas. Ramai cakap suara dia sama dengan Adira sebab dia nyanyikan lagu Adira. Mungkin lepas ni pada minggu akan datang boleh nyanyi lagu bahasa inggeris yang suara besar tu. Hehehe.

Konsert Mingguan Pertama Akademi Fantasia 2014

Tak sabar nak tonton Konsert Mingguan Kedua Akademi Fantasia 2014.

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Top 5 Peserta AF2014 Kegemaran

    akubiomed

    (September 12, 2014 - 9:22 am)

    Terlalu awal untuk predict siapakah bakal menjadi juara. Kita tunggulah.

      Ruby

      (September 12, 2014 - 11:47 pm)

      Akubiomed dah ada peserta pilihan??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.