Walker Mamalove Untuk Adam

      4 Ulasan pada Walker Mamalove Untuk Adam

Ruby minta maaf sebab beli walker. Walaupun dalam google dan kawan-kawan kata tidak perlu. Tapi Adam dah melasak. Sakit pinggang nak dukumg selalu. Jadi Ruby beli Walker jenama Mamalove. Walker Mamalove Untuk Adam ni saiz dia besar dari walker yang biasa. Wayar di lantai pun boleh menyekat pergerakan Adam.

Dulu Adam masuk dalam walker ni memang tak cecah kaki dia. Ruby tunggu sampai dia dah memanjang sikit. Hahaha. Tadaaa. Hari ini baru perasan kaki dia boleh jalan-jalan guna walker. Semua permainan dekat Walker Mamalove tu dia tekan dan tolak-tolak. Ada musik berkumandang, seronok muka dia. Hehehe.

image

image

image

Cuma bila ada walker ni kena berhati-hati dengan persekitaran seperti kawasan larangan dan wayar di atas kabinet. Ruby punya laptop pun Adam boleh capai melalui walker tu je. Terkejut sekejap. Hahaha. Walau apa pun ruby masukkan Adam dalam walker bila nak memasak dan menyidai baju sahaja. Waktu lain Ruby akan baringkan Adam untuk dia belajar merangkak. Hehehe.

Mamalove BW2726EF Baby Walker RM 144 masa harga promosi hari tu. Dengar cerita walker ni mahal hampir cecah RM 300. Fuhh semangat. Barang keperluan bayi memang mahal. Takpelah demi Adam. InsyaAllah murah rezeki bila melabur untuk anak-anak. Ibu kerja keras lagi ya. Hehe.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 comments on “Walker Mamalove Untuk Adam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge