2 Malam Di Hotel Bendahara Makmur

Hotel Bendahara Makmur terletak di Jalan Bendahara, Daerah Melaka Tengah. Lokasi yang strategi untuk pelancong menginap disini. Ini kerana ia mudah untuk anda bersiar-siar di sekitar kawasan bandar bersejarah. Hanya jalan kaki 5 minit sudah sampai di Hard Rock Cafe, Jonker Walk, dan kawasan Kampung Melayu.

Dua malam di Hotel Bendahara Makmur, fasiliti disini sangat memuaskan dan mudah. Mudah bagi Ruby sebagai ibu dan anak untuk berjalan dengan banyak bagasi. Hahaha. Bilik no 420, di tingkat empat.

image

image

Persekitara Hotel Bendahara Makmur dan di dalam bilik amat selesa. Bilik Superior Queen ini memiliki penghawa dingin, televisyen yang melekat di dinding, meja kerusi untuk buat kerja, toilet dengan jamban duduk serta shower. Bilik juga ada kettle untuk air panas dan peti sejuk pun ada! Cukup lengkap la kan?? Kalau ruby nak ke Melaka, Hotel Bendahara Makmur pasti jadi pilihan.

Perkhidmatan ambil dan hantar bag ke bilik juga disediakan. Alhamdulillah ada, mau patah tulang Ruby kalau angkat barang ni sendiri. Kemudian WiFi FREE pun ada!!! Yay! Lengkap la untuk traveler berseorangan atau bersama keluarga.

image

Malam pertama di Hotel Bendahara Makmur. Adam tidur nyenyak. Ibu pun boleh buat kerja. Hahahaha.

image

Malam kedua?? Pun sama! Adam tidur lagi nyenyak dan lama. Kerja ibu pun siap! Hahaha.

image

Bilik 420 Superior Queen satu malam dan bersama buffet sarapan pagi RM 150 – RM 180. Kalau cuti sekolah dan hari minggu lain lah kadar harga yang ditetapkan. Kalau hari biasa murah la kan. Kalau nak lagi murah, beli di laman sesawang Agoda. Hehe.

Hotel Bendahara Makmur
Lot.769, Kawasan Bandar XXI,Jalan Bendahara, Pusat bandar Melaka, Melaka, Malaysia
+6062844788
www.hotelbendahara.com.my

www.gayatravel.com.my

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “2 Malam Di Hotel Bendahara Makmur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.