Adam Meniarap, Mengengsot, Merangkak

Adam Meniarap, Mengengsot, Merangkak?? Sejak akhir-akhir ni. Adam aktif juga. Perkembangan memberangsangkan. Yelah bayo pramatang kan. Mesti la Ruby pantau setiap perkembangan dia. Doktor pun dah nasihatkan 2 tahun pertama ni, perhatikan perkembangan Adam. Cepat atau lambat tidak mengapa. Tetapi catit tarikh bila dia mula dah nampak, meniarap, mengengsot, duduk, merangkak dan keadaan kesihatan. Rasanya semua mummy akan buat kan walaupun anak mereka tidak lahir awal. Hehehe. Semua sayang anak.

Okay berbalik kepada perkembangan Adam. Ruby susukan dia esklusif direct breast feeding. Lagi pula Adam kerap menyusu. Memang tidak cukup supply untuk simpan EBM. Jadi, ruby akan bawa Adam kemana sahaja ruby pergi. Event, meeting, kerja dan etc etc. Anda akan nampak ibu dan anak ni bersama. Hahaha. Ruby memang dah berhenti kerja pejabat sejak dah berumahtangga dan bekerja sendiri. Jadi, Alhamdulillah persediaan awal berhenti kerja tu membuatkan ruby lebih bersedia apabila Adam ada. Hehehe.

Adam menyusu dah 9 bulan. Adam makan puree bermula umur 8 bulan. Adam mula meniarap pada usia 5 bulan. Mengensot umur 7 bulan. Merangkak umur 9 bulan. Mula tumbuh gigi pada usia 5 bulan. Tapi tumbuh sepenuhnya entah tak tahu bila. Hahaha.

Hari ni Adam kejar ibu yang sedang sibuk kerja. Ruby bekerja sebelah dia je. Kalau dia tidur atas katil. Ruby ada buat kerja sebelah dia. Kalau kat ruang tamu, sama juga begitu. Mesti dekat dengan dia. Bila dia celik mata, nampak mal dia. Jadi, tidaklah menangis berpanjangan.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Okay dah puas mengejar ibu. Akhirnya ruby angkat dan dukung Adam. Jom mandi dah petang ni. Hehehe.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

9 thoughts on “Adam Meniarap, Mengengsot, Merangkak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.