Aktiviti Di Melaka Tropical Fruit Farm

Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang merupakan salah satu konsep produk Agro Pelancongan dengan konsep “penginapan stail ladang” di Melaka. Terletak di Sungai Udang dan seluas 173 ekar tanah, perjalanan kira-kira 20 minit dari Bandar Melaka. Disini pelbagai fasiliti disediakan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat alam semulajadi dengan lebih dekat pada masa yang sama memenuhi aktiviti beriadah sekeluarga.

image

Semasa Ruby ke sini. Ruby dapat melihat sendiri bagaimana cara menoreh dan bagaimana rupa buah getah. Hahaha. Serius tak pernah tengok buah getah yang macam mana. Sampai la En Salman ajar macam mana nak pecahkan buah tu dan bijinya digunakan untuk permainan melastik oleh kanak-kanak pada zaman kecil dahulu. Ruby duduk kampung pun tak pernah main buah getah tu. Keras dan susah untuk dipecahkan.

image

Buah getah yang tidak dipecahkan boleh dijadikan buah untuk permainan congkak. Beza betul perasaan main congkak diantara buah getah dan guli. Guli bising betul bunyinya. Buah getah rilek je bunyinya dan besar-besar. Tak muat tangan. Hahaha. Acul ada cakap kalau main congkak zaman dulu pakai tempurung kelapa aje. Letak di atas tanah dan main. Sesuai la dengan buah getah yang besar kan??

image

Selesai main congkak, kami dibawa melawat sekitar ladang. Naik tramp tau, kalai jalan kaki jenuh nak sampai. Hahaha. Banyak betul hasil bumi di sini. Pokok yang kita tak terfikir untuk tanam di Malaysia pun ada! Pokok ulam-ulam tu Ruby paling suka. Tapi nak pergi petik ulam tidak berkesempatan. Sebab takut ditinggalkan pula. Hahahaha.

image

Ini adalah kayu manis. Baru ruby tahu kenapa kayu manis yang beli di kedai tu bergulung. Pertama sekali dahan pokok kayu manis akan diambil bahagian kulitnya. Fuhhhh wangi!! Kemudian keringkan. Keringkan tu yang bergulung kayu manis tu. Jadi warna maroon gelap kan. Bila bau kayu manis segar macam di Melaka Tropical Fruit Farm rasa teringin nak berpantang bersalin lagi. Suka bau herba-herba ni. Hehehe.

image

Bunga cempaka putih. Cantikkan?

image

Ini adalah buah pala. Jangan ingat di Penang aje ada. Di Melaka juga ada. Cuma tidak dijerukkan sahaja. Hahaha.

image

Hensem kan lembu ni. Kaki berstokin, telinga gitu, tanduk kebawah fan bontot putih. Sihat dan bersih lembu di sini. Kalau tak silap ni baka Bali. Alololo comel. Jinak pula tu. Boleh bagi makan.

image

Maafkan Ruby ekspresi muka begitu. Terkejut bila burung unta ambil jari gebu Ruby daripada ambil jagung kering tu. Hahahaha!!

Kemudahan sukan dan rekreasi termasuk basikal & trek joging, tasik untuk berkayak dan memancing, zoo mini seperti unta, burung unta, rusa, lembu, kuda dan lain-lain. Acara yang paling menarik semasa musim buah-buahan adalah pengunjung berpeluang untuk mengalami sendiri persekitaran sejuk & tenang di ladang selain mempunyai peluang untuk menikmati buah-buahan tropika segar dari pokok seperti durian, duku, rambai, rambutan dan lain-lain. Terdapat beberapa pakej dan kemudahan yang ditawarkan untuk minimum 40 pax.

Selain itu terdapat pakej Fruit Buffet, Team Buildings, Youth, School Student, Camping dan Promosi bermusim. Tiap dari pakej ini menawarkan perlbagai aktiviti. Anda boleh hubungi pihak MTFF untuk merancang program supaya ia lebih jelas dan mudah urusan.

Seronok sangat berada di sini. Ruby enjoy teroka Melaka Tropical Fruit Farm. InsyaAllah akan ke sini lagi. Hahahaha. Nak jumpa anak lembu tu lagi.

www.gayatravel.com.my

facebook.com/melakatropicalfruitfarmMTFF

www.melakatropical.com
Melaka Tropical Fruit Farm
D/A Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang
76300 Sungai Udang
Melaka

Phone No: +606-3516916/0130
Fax No : +606-3510130
Email :
mtff_melaka@yahoo.com
liza.mtff@yahoo.com

Waktu Beroperasi Pada Setiap Hari dari 9 pagi hingga 5 petang

Bayaran masuk :
RM 4.00 – Dewasa
RM 2.00 – Kanak-Kanak

Fasiliti yang disediakan :
Chalet / Hostel / Meeting Room / Dining Hall / Multipurpose Hall / Main Hall / Surau / Camping Site / Cafe / Mini Zoo / Fruit Farm / Herbs Garden / Mini Museum

Pakej :
Fruit Buffet Package / Fruit Sampling Package / Student Package / Youth Package / Family Day / Team Building Package / Explorace / Monkey Pluck Coconut

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Aktiviti Di Melaka Tropical Fruit Farm

    chukdagus

    (August 22, 2017 - 1:57 am)

    dengan page ini lebih mudah untuk saya ingin merancang sebelum pergi

    akubiomed

    (October 5, 2014 - 6:23 pm)

    Ibu saya pernah ajar buat alat bunyi dari biji getah. Sekarang ini giliran saya pula buat untuk tunjuk pada anak kalau terjumpa biji getah.
    akubiomed´s last blog post ..Makan angin siber bersama Google Street ViewMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.