Alhamdulillah Selesai Aqiqah Adam

Salam Aidil Adha, hari ini sempena ibadah Qurban. Ibu mertua ruby ambil kesempatan untuk melakukan Ibadah Aqiqah untuk cucu ke empat. Ia khas untuk mana-mana anak sulong kepada cucu pertama dalam keluarga. Buat masa ni empat orang adik beradik suami dah berkahwin. Semua anak sulong mak buatkan Aqiqah. Hehehehe.

image

image

Aqiqah untuk baby Adam adalah 2 bahagian lembu. Mak buat semua sekali guna seekor lembu. Sekali jalan le kan. Lembu untuk Qurban ada 7 bahagian kan. Jadi, 2 untuk Aqiqah Adam dan selebihnya untuk ahli keluarga lain yang berkemampuan melakukan Qurban.

Kebiasaannya guna kambing untuk Aqiqah sebab lebih afdal. Tapi, kami laksanakan ikut kemampuan. Tambahan pula senang nak dapat daging sebab satu ekor tu dah tentu-tentu khas untuk kami sekeluarga.

image

Daging lembu pun sudah dilapah. Jom siapkan untuk majlis malam ni. Malam ni ada majlis doa selamat, tahlil dan aqiqah Adam. Semoga kehidupan kita dirahmati.

Mak mertua dah sibuk memasak di dapur. Bau rempah ratus semerbak harum! Jadi, ruby pun nak bantu lah.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Alhamdulillah Selesai Aqiqah Adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.