Asas Pembuatan Kompang

Teringat masa zaman sekolah dulu kalau main kompang, seronok sangat. Tetapi tidak terfikir pula bagaimana kompang dihasilkan. Nampak seperti senang, tetapi hari ni Ruby dapat belajar dan ketahui asas pembuatan kompang. Lokasi di Gema Seni merungkai cara-cara penghasilan Kompang.

image

image

image

image

image

image

Bahan yang digunakan untuk tapak kompang adalah dari Kayu Rebana, Sena dan Cempedak. Bahagian lapisan kulit kompang adalah dari kulit kambing yang telah dikeringkan selama 1 hari. Jika cuaca panas dan baik, kompang boleh dihasilkan sebanyak 20 unit selama 2 hari. Bermakna 1 hari 10 unit kompang pasti telah siap sedia untuk jualan.

Di Gema Seni, kompang dihasilkan mengikut saiz yang diinginkan oleh pelanggan. Saiz bermula dari 5 inci hingga 15 inci. Harga pula bermula dari RM 10 hingga RM 90 bergantung kepadasaiz kompang. Kulit kambing yang digunakan ke atas kompang boleh bertahan sehingga 10 tahun!

image

image
En Alias Bin Hussin dari Gema Seni

image

Kompang merupakan alat muzik tradisional Melayu yang terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dipercayai dibawa masuk oleh pedagang Arab. Pada ketika itu permainan kumpulan alat bunyian amat masyhur dimainkan di dalam upacara marhaban, selawat, berzanji dan sebagainya.

Walau berkurun lamanya, kompang tetap menjadi instrument muzik utama dalam keraian, keramaian, perkahwinan dan sambutan kerana ia telah menjadi nadi di dalam budaya masyarakat rumpun Melayu nusantara tidak kira sama ada di Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

image

image

 

Ruby, En Anuar CEO Gaya Travel, En Jefri Munir Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Puteri

www.gayatravel.com.my

www.gemaseni.com.my

Jalan Masjid,
KM 16 Kampung Pulai,
Merlimau
Melaka
77300
Malaysia

No Tel : +606 2610835
+606261 6672
+6012 624 1671 (Shabri), +6013 695 6423 (Alias)

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Asas Pembuatan Kompang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.