Belajar Seni Kraftangan Di Kompleks Kraftangan Malaysia Melaka

Berapa banyak seni kraftangan yang anda tahu? Kalau bercerita berkenaan kraftangan, apa yang anda paling suka buat? Atau jika tidak suka buat tetapi suka tengok pasti ada kan? Ruby berkesempatan ke Kompleks Kraftangan Malaysia Melaka semasa sertai KCC1M Negeri Melaka – Selami Keagungan Sejarah & Warisan. Banyak koleksi seni kraftangan Ruby dapat lihat dan kagum dengan ketelitian para pengusaha Kraftangan di Malaysia.

Paling Ruby suka buat adalah mewarna batik, buat hiasan manik dan mewarna pasu kecil. Sebab ia bermain dengan warna. Ruby suka sangat buat sesuatu dengam warna-warna ceria. Hehehe. Siapa kata mudah mewarna? Susah tau. Hahaha. Semasa di sini, kami diberi peluang untuk buat seni kraftangan yang kami ingin cuba. Ruby cuba semua sekali. Tetapi bab buat bakul rotan, ruby tarik diri. Susah la. Nak kena fokus betul-betul. Hahaha.

image

Batik ni bab melukis memang ruby gagal. Tapi bab mencanting terrer. Hentam kromo je. Hahaha. Batik ni dah 5 kali ruby buat sebelum ni. Tapi masih tidak la mahir pun. Buat untuk suka-suka. Lepas tu mewarna. Bab ni ruby suka!!! Gigih tak rupa Ruby? Hahaha.

image

Ini pula mewarna pasu kecil. Hias ikut kreativiti. Bantai je. Hahaha.

image

Buat tasbih, gelang atau key chain dengan menggunakan manik. Ruby pilih utk buat tasbih. Mudah dan senang. Cuma tiada manik warna pink. Mesti cun tasbih ruby kalau ada warma pink. Hahaha. Tasbih ni hadiahkan kepada suami. Tasbih travel katanyer…

image

Seni ukiran kayu ni memang susah sangat. Tengok abang tu buat memang beliau sangat tekun. Ruby cuma bantu keliarkan serpihan kayu je. Hahahaha. Jahanam pula rekaan abang tu nanti. Ukiran kayu memerlukan peralatan khas untuk mengukir dan memahat hasil seni ini. Jika tidak pandai, boleh belajar. Abang tu boleh ajar. Hehe.

image

Ini pula seni ukiran tembaga. Nampak seronok je kan ketuk-ketuk dot dot dot dot. Tersasar dot dot dot tu dah takleh pakai dah rekaan ni. Kena kitar balik tembaga ni jadi kosong balik. Rumit dan perlu tahap fokus yang tinggi. Bahaya kalau tersasar ketuk. Tak sanggup Ruby nak buat keje ni. Hahaha.

image

Ini buat bakul rotan. Rumit sangat! Tak mampu nak ikut. Haha. Respek dekat semua pengusaha kraftangan. Patut lah harga mahal.

image

Ruby tertarik dengan Buaian Berendoi ni. RM 650 je. Cantikkan? Huwaaa rumitnya nak buat bakul rotan ni.

image

image

Sekarang baru la reti hargai hadiah kraftangan dari sesiapa pun. Selalu dapat dekat majlis perkahwinan mesti letak merata-rata hiasan kraftangan ni. Lepas ni nak letak dalam almari khas.

Hargai usaha pengusaha kraftangan Malaysia. Jika bukan kita, siapa lagi?

www.gayatravel.com.my
www.kraftangan.gov.my

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Melaka
Kompleks Kraf Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh,
Melaka,
Telefon : 06-253 1500

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Belajar Seni Kraftangan Di Kompleks Kraftangan Malaysia Melaka

    yatiesahlan

    (October 8, 2014 - 3:51 pm)

    ade pulak mummy bella disitu sambil agah Adam. Nasib baik Adam dah besar, klu kecik lg, mmg mummy bella beli buaian tu utk Adam.

    akubiomed

    (October 5, 2014 - 11:44 pm)

    Seni ukiran tembaga pernah ada pengalaman ketika dikelas seni perusahaan semasa sekolah menengah. Sayangnya ukiran yang saya cuba buat tidak menjdi seperti yang diharapkan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.