Best Juga Drama Selamat Pengantin Madu

Ruby ni memang susah nak tonton drama melayu. Sebab bosan tengok kisah-kisah cinta dendam yang kebanyakan menjadi tema setiap drama. Tapi, beberapa minggu lalu terjebak dengan Drama Slot Lestari TV3 Selamat Pengantin Madu tu.. Sebab suka tengok Fasha Sandha dan terkejut dengan kemunculan Eina Azman. Siapa Eina ni? Mak ai putih melepak ko. Cantik betul. Dari tengok drama Korea My Beautiful Life di One HD gara-gara Eina Azman yang lain dari yang lain. Fasha seperti biasa la, my favorite actress. Pregnant pun berlakon juga dan watak kalau dia yang bawa memang ahh baiknya hati Fasha niiii. Hehehe. Best juga drama Selamat Pengantin Madu ni!

Selamat Pengantin Madu, Bagi Ruby drama ini memang banyak mesej positif yang disampaikan. Tak semua madu macam tu, tapi hati perempuan mana nak bermadu. Hana punya watak yang dilakonkan oleh Fasha memang sangat penyabar dan baik. Ya Allah memang rasa macam realiti kehidupan la kan. Depan suami kita akan kawal marah dan cemburu. Tetapi hakikatnya?? Nasib baik ada kawan baik si Hana tu. Anak-anak menguatkan semangat dia untuk terus bersabar malah siap back up suami tu. Adoiii. Suami pergi rumah isteri muda pun boleh tahan lagi hati tu dan cakap dekat anak-anak bahawa “Ayah sibuk kerja”. Huwaaa. Dalam hati hanya Allah je la yang tahu siksanya menipu anak-anak.

Tapi part ruby suka adalah pengakhiran drama ini. Ibarat yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Nasib baik la tamat cerita adalah kembali kepada asal. Suami isteri dan anak-anak.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Best Juga Drama Selamat Pengantin Madu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.