BUSTEL Pantai Klebang Melaka

Ada satu lagi perkara unik di Melaka semasa program KCC1M Negeri Melaka – Selami Keagungan Sejarah & Warisan. Seronok pula bila produk lama dikitar semula dan menjadi kebanggaan negara! Bila melihat BUSTEL Pantai Klebang Melaka. Terus teringat RV. Kenderaan yang digunakan di luar negara untuk percutian satu keluarga tu. Teringin nak bercuti macam tu. Hahaha. Jadi, apa pula BUSTEL ni? BUSTEL adalah singkatan kepada BUS + HOTEL. Maka, jadilah BUSTEL.

Uniknya disini mereka menggunakan bas ekspress lama. Kalau orang lama, pasti teringat memori balik kampung yang kena naik bas lompat-lompat untuk sampai ke destinasi. Hehe.

image

Kini, anda boleh merasa naik bas ini tetapi dengan konsep yang berbeza. Ia adalah hotel. Selesa dan pasti tidur lena! Sebuah bas menempatkan 2 bilik berasingan. Pintu hadapan bas adalah untuk bilik berkatil Queen.

image

Manakala pintu tengah bas yang biasa kita turun apabila sampai ke destinasi tu menempatkan bilik 2 single bed.

image

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, tandas, shower dan telefon.

image

Bilik di BUSTEL boleh disewa oleh 2 pelanggan berasingan. Tidak semestinya anda sekeluarga datang kena duduk dalam satu bas yang sama. Pasti anda ingin katil jenis Queen kan. Mudah untuk tidur dengan bayi kecil.

Setiap bilik ini hanya boleh dimasuki hanya 3 orang sahaja dalam satu masa. Demi keselesaan anda, sila buka kasut dan tinggalkan di tangga. Agar ia bilik bersih dan ruang solat terjaga kebersihannya.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana ingin mencari makanan di BUSTEL. Jangan risau. Kerana ada kafeteria disediakan dan kiosk kecik restoran pun dibuka. Mereka berniaga menggunakan bas juga! Setiap kiosk menyediakan pelbagai makanan. Ada Western Food, Asam Pedas, Char Kuey Teow, Masakan Panas, Keropok Lekor, Coconut Shake, Minuman Jus, Air Kelapa dan macam-macam lagi.

image

Anggaran menginap satu malam di BUSTEL adalah RM 80 hingga RM 120. Murahkan? Kebiasaanya BUSTEL dah penuh ditempah oleh pengunjung. Jika anda betul-betul ingin bercuti di sini. Sila hubungi Encik Khairi di talian 0197414113.

facebook.com/bustelmelaka
www.gayatravel.com.my
xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “BUSTEL Pantai Klebang Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.