Cabaran Bercuti Berdua Bersama Adam

Ruby baru cuba-cuba untuk bercuti bersama Adam sahaja. Sebab ayah dia sibuk kerja. Cuti untuk tahun 2014 pun dah habis. Tahun ni banyak cuti peristiwa. Bersalin Adam pada bulan Januari. Meeting kerja pun ayah dah ambil cuti untuk jaga Adam. Jadi untuk travel trip bersama Gaya Travel adalah “warm up” Ruby untuk cuba. Apakah Cabaran Bercuti Berdua Bersama Adam yang Ruby telah lalui?

Cabaran utama bagi Ruby adalah “Ruby perlukan pembantu untuk dukung Adam sementara ruby nak makan, nak mandi dan pergi ke toilet!”.

Ya, memang susah travel berdua aje. Jika bercuti berdua sahaja tampa kenalan, Ruby memang tidak boleh. Keselamatan anak dengan orang asing sangat bahaya. Ruby rela tak mandi, rela terkencing dalam seluar dan tidak makan dari bagi Adam dekat orang yang tidak dikenali memegang Adam.

image

 

Bonda Puteri bersama Adam

image

Papa Sham suapkan Adam makan

image

Ummi Merey bermain dengan Adam

image

Abah Zul jaga Adam sambil ibu sedang buat kerja.

image

Papa Sham main dengan Adam sementara Ibu makan malam.

image

Atok Nuar, buli Adam. Sama-sama lasak. Elok la bersama. Hahaha.

image

 

Papa Sham, jaga Adam dengan stroller pula. Hahaha.

Ruby bersyukur sangat semasa di trip KCC1M Negeri Melaka – Selami Keagungan Sejarah & Warisan anjuran Gaya Travel, Ruby di bantu oleh ramai pencinta bayi. Secara automatik, Adam ada pengasuh dan ibu bapa angkat. Hahaha. Barulah tenang nak bercuti.

Lepas ni kalau nak bercuti, memang perlu bawa suami. Jangan mimpi nak backpacker dengan Adam aje. Percutian dah jadi family trip punya stail sebab dengan stroller bagai, macam mana nak backpackers lagi? Travel with Luggage wajib dah sekarang. Hahaha.

www.gayatravel.com.my

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Cabaran Bercuti Berdua Bersama Adam

    mohd rasul

    (October 4, 2014 - 11:57 pm)

    memang ramai yang jadi ibu angkat dan ayah angkat adam. masing2 berebut nak jaga. untung adam. acul dapat pegang masa nak balik je haha 😀
    mohd rasul´s last blog post ..Aktiviti Kampung di Homestay Kampung Balik BukitMy Profile

    kisah tatie

    (October 3, 2014 - 3:39 pm)

    yeay ruby dah back on track. cuma adam tak penat ke? ke hulu ke hilir.

    nadia johari

    (October 3, 2014 - 3:27 pm)

    pergh adam ramai bibik..hehehe..nasib adam suka dengan orang..alololo
    nadia johari´s last blog post ..ISTERI ORANG DIANGGAP ANAK DARAMy Profile

    Ben Ashaari

    (October 3, 2014 - 1:15 am)

    Terbaik !

    akubiomed

    (October 2, 2014 - 1:14 pm)

    Perlu berhati-hati apabila Adam dipegang-pegang kerana boleh berlaku “cross infection”. Maklum sistem imunisasi belum fully develop sepenuhnya. Hati-hati ya.

    ietams

    (October 2, 2014 - 10:54 am)

    comel si adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.