Sebelum ni ruby ada blog berkenaan Collection Cosmetics LOOKBOOK yang berlangsung di Facebook dan Instagram. Sekarang dah minggu ke tiga. Peraduan ini selama 4 minggu sahaja. Bermula dari 24 September hingga 21 Oktober 2014. Jadi untuk selama 4 minggu ini, ruby telah menghantar gambar #OOTD #MOTD untuk menyertai peraduan Collection Cosmetics LOOKBOOK. Hehehe. Anda juga boleh turut serta!
Minggu Pertama tema Candy Crush (24 September – 30 September 2014).
Minggu Kedua tema Georgeously Sweet (1 Oktober – 8 Oktober 2014)
Untuk minggu ketiga temanya adalah Glamour Glitz, kali ini Ruby nak mekap ala-ala pergi malam gala. Boleh? Hahaha.
Kenapa beriya-iya nak join peraduan ni? Sebab Ruby nak menang telefon pintar Xiaomi Mi3 atau menang Makeover Party dengan Nelydia Senrose atau Photo Shoot dengan Nelydia Senrose atau yang terakhir dapat produk Collection Cosmetics dan pakaian dari F Block Boutique Stores bernilai RM 800!! Semua hadiah yang disediakan sangat mengujakan dan ruby inginkan!
Almaklumlah Ruby peminat setia Nelydia. Hahaha. Suka dengan bakat lakonan dia. Kemudian dia lawa dan all in one pakej la tetiba terminat sekali. Kan?
Cara menyertai peraduan Collection Cosmetics LOOKBOOK
- LIKE Collection Cosmetics MY Facebook page www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY
- Ambil gambar anda dengan mengikut tema mingguan
- Muat naik gambar anda di Collection LookBook app www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY/app
Penyertaan Collection Cosmetics LOOKBOOK melalui Instagram
- Follow Instagram Collection Cosmetics instagram.com/collectionmalaysia
- Ambil gambar anda dengan mengikut tema mingguan
- Muat naik gambar di Instagram dan tag instagram.com/collectionmalaysia.
- Masukkan kapsyen hashtag #CollectionLookBook serta hashtag mengikut tema mingguan untuk memudahkan pihak juri melihat gambar. Contoh hashtag mengikut tema mingguan
- Candy Crush: #candycrushcollection
- Gorgeously Sweet: #gorgeouslysweetcollection
- Glamour Glitz: #glamourglitzcollection
Pemenang akan diumumkan melalui laman facebook Collection Cosmetics.
Selain dari peraduan, Collection Cosmetics juga turut mengadakan Roadshow di lokasi menarik iaitu di Universiti terkenal di Malaysia! Disana anda boleh dapatkan goodies bag, solekan mekap percuma dan anda juga boleh bertanya kepada mereka apa produk Collection Cosmetics yang sesuai untuk jenis wajah serta warna kulit anda.
1 Oktober 2014 Rabu – UPM
9 Oktober 2014 Rabu – UM
15 Oktober 2014 Rabu – UiTM*
*khas untuk pelajar dan staff UiTM sahaja
www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY
instagram.com/collectionmalaysia
#CollectionLookBook #CollectionMY
www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY/app
xoxo!
1 thought on “Collection Cosmetics LOOKBOOK”
Farah Waheda Wahid
(October 10, 2014 - 3:12 pm)Tak sabar nak tengok yang glamour glitz tu…he he he…
Farah Waheda Wahid´s last blog post ..Bubblynotes.Com | Ruang Iklan Untuk Disewa!!!