Datang Bila Anak Panggil

Datang Bila Anak Panggil.. Tajuk macam berat je kan. Hahaha. Ruby dah 27 tahun hidup, baru faham belajar menyahut panggilan bila sesiapa panggil. Biasanya sahut dan diikuti “haaaa ye ye datang ni”. Tapi.. bontot masih di kerusi dan duk mengahadap laptop.

Dah kena jeritan baru nak datang kan. Itu dah berlari ke arah si pemanggil dan baru “ye saya ye saya”. Ruby tulis penulisan ni setelah beberapa kali tragedi berlaku. Bukannya tidak alert, tapi tiap kali kita alert tiada apa-apa perkara yang berlaku.

Kebiasaanya bila sesiapa panggil ruby datang je. Walaupun Adam baru nak ekk ekkk uwekkkk ruby dah ada sebelah dia. Pantas tak?

image

 

Ini gambar hiasan. lebih kurang macam ni la keasaan Adam.

Suatu hari, ruby tengah buat kerja di ruang tamu. Adam di dalam bilik. Dia dah pandai golek-golek. Ruby terlupa  dia dah pandai golek-golek masa tu. Ruby dengar ekkk uweekk eekk tapi ruby cakap kejap Adam.. Ibu nak kemas buku ni. Tak berapa minit bunyi gedebuk. Allahuakbar anak aku ke jatuh tu. Berlari sepantas kilat dan.. nasib baik lah laptop je yang jatuh. Tapi Adam ada di sisi katil. Hampir jatuh.

Seram sejuk dengan situasi ni sebenarnya. Sebab bayi ni dia tak faham sakit tu macam mana. Tak boleh nak bayangkan kalau dia jatuh katil. Terlentang atau terlungkup? Mintak di jauhkan lah.

Nasihat ruby. Terus lah menyahut dan datang kepada si pemanggil. Walaupun tiada apa-apa berlaku. At least dah jadi habit kita datang bila orang panggil tu moral yang bagus kan?

Pengalaman macam ni memang mengajar ruby. Takkan dah jadi tragedi baru nak bergegas kan? Fikir-fikirkanlah.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Datang Bila Anak Panggil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.