Ergobaby 360 Baby Carrier 4 Posisi Untuk Adam

Ergobaby 360 Baby Carrier 4 posisi untuk Adam. Tiap ibu bapa yang ada bayi kecil mesti runsing bila bab memilih baby carrier kan? Ruby pun sama! Adam dah 9 bulan (7 bulan) baru la jumpa baby carrier yang betul-betul sesuai dengan gaya hidup Ruby. Pada mulanya Ruby mencari baby carrier yang mempunyai ciri keselamatan yang bagus. Kemudian baru disusuli dengan reka bentuk, warna dan harga. Untuk Adam, semuanya mestilah yang terbaik. Kan?? Alah membeli menang memakai.

image

Biar harga mahal tapi berkualiti dan selamat. Lagi satu tahan lama pakai. Ada juga terbaca beberapa kes baby carrier yang kualiti talinya tidak bagus. Nipis dan mudah terputus. Kebiasaanya konsep tali yang ada tu untuk kita tarik bila mengendalikan baby carrier seorang diri. Kita akan tarik untuk ketatkan bahagian lengan supaya bayi lebih dekat dengan dada kita dan selamat. Tapi kita lupa tali tu dah haus. Maka jadilah tragedi tidak diingini iaitu bayi terlepas dari baby carrier. Oh bahayanya! Jadi, masih lagi ingin membeli baby carrier yang murah? Jika ingin murah sekali pun. Cari jenama tersebut dengan pengedar yang sah ya. Tidak dinafikan baby carrier juga ada yang diciplak reka bentuknya dan dihasilkan di negara bukan negara pengeluar dengan kualiti rendah dan harga yang ditawarkan juga sangat murah! Jadi, berhati-hati ya.

image

Ruby dapatkan Ergobaby 360 Baby Carrier 4 Posisi dari Bloom & Grow Asia. RM 689.00 sahaja. Pengedar utama Ergobaby adalah Bloom & Grow Asia. Anda boleh baca disini tentang Ergobaby http://ruby.my/2014/07/koleksi-terkini-ergobaby/. Rekaan Ergobaby 360 sangat unik. Kerana ia ada butang untuk memberi keadaan ergonomik apabil kita kendong bayi. Bayi akan berada dalam keadaan duduk seperti katak yang disarankan oleh pakar.

image

Berikut adalah senarai kedai yang menjual Ergobaby Original. Fabulousmom – All stores, Mothercare – All Stores, Mybbstore – All Stores, Littlewhiz Marketing, Bebe Totz, Toys World – Sibu, Babies Gallery – Sibu, Baby Invasion, One Baby World – All Stores, MamaPandaEnterprise, Happy Mums, Bebehaus – All Stores, Spring Maternity, BB DOT COM, BabyMore, Baby Wonderland, SNOW DUCK MOM and BABY CARE CENTRE, Poppies – All Stores, Babyland, Smoochies, Perniagaan YF Yong Fong, MOM & KIDS ENTERPRISE, Axeana Sdn Bhd, Kasihku Sayangku, Bummia Enterprise, JO BABY GARDEN, The Babyloft, Tiny Tapir Sdn Bhd, Izziklik, Toddlers N Babies, Baby Dots Enterprise, My Baby Shop

image

Selamat membeli! Jadilah pembeli yang bijak.

facebook.com/bloomandgrowasia

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Ergobaby 360 Baby Carrier 4 Posisi Untuk Adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.