Pasti anda pernah mengalami salah satu insiden berkenaan telinga. Sama ada gegendang telinga berlubang atau dimasuki semut. Dua-dua pengalaman ini sangat memberi kesan yang mendalam, malah ditakuti oleh kita semua.
Kita sedia maklum bahawa fungsi telinga sangat penting. Ia juga memberi kestabilan kepada kita untuk berdiri dan melakukan apa aktiviti fizikal. Jika gegendang anda sakit, nak berdiri pun dah tak betul. Rasa macam asyik nak jatuh je.
Ruby ingin kongsikan pengalaman telinga dimasuki semut. Panik sangat-sangat sebab semut yang kecil tu buat telinga berdesing dengar segala pergerakan dia. Semut berjalah sekitar hadapan gegendang telinga paling menakutkan. Apa yang ruby buat untuk keluatkan semut? Masa tu ruby panik. Ruby masukkan air, masukkan minyak zaitun dan terakhir tahan angin. Tahan angin ni tutup hidung dan mulut untuk beri tekanan kat telinga supaya semut keluar.
Tak tahu lah sama ada berguna ke tidak tips Ruby tu. Hahaha. Memang semut dah tiada. Tapi, lebih elok pergi klinik atau hospital dan berjumpa doktor. Kerana doktor ada alat melihat dalam telinga dan penyedut telinga pun ada. Jadi tak perlu la guna tips tips merbahaya ni kan, terus jumpa doktor mungkin dapat selesaikan masalah lagi cepat. Masa Ruby jumpa doktor, telinga dah bengkak sikit. Sebab bila kita bagi tekanan kepada semut. Sudah semestinya dia akan gigit kan? Hurmmm.
Situasi gegendang telinga berlubang ini juga baru je berlaku. Akibat mengorek telinga dengan putik kapas dikawasan kanak-kanak bermain. Jadi, terperanjat dan tertusuk putik kapas ke gegendang. Pemilihan putik kapas juga penting. Sila beli yang kapasnya tebal dihadapan. Yang melibatkan kecederaan ni adalah putik kapas jenis tirus dan tajam tu. Memang mudah untuk tembusi gegendang telinga.
Pada awal tusukan, sakit tidak terkata dan anda akan jatuh kerana sakit terakat sangat. Darah mungkin ada dan mungkin tidak. Apabila keadaan ini berlaku sila ke hospital segera. Doktor akan lihat telinga anda dan kemudian doktor pakar akan dihubungi.
Antara rawatan yang dilakukan adalah pemeriksaan yang lebih mendalam. Doktor tanya sebab apa dan bagaimana boleh berlaku. Kemudian doktor akan cek keadaan telinga. Bagi ruby doktor bagi ubat titis telinga Travid yang mengandungi antibiotik. Apabila gegendang telinga berlubang. Ada beberapa tips perlu dilaksanakan.
Tidak boleh masukkan air ke dalam telinga selain ubat titis Travid. Tidak boleh berenang/diving/snorkeling. Apa sahaja yang memudahkan air masuk ke telinga tidak dibenarkan. Ini kerana ia akan melambatkan proses untuk pulih. Ada juga sesetengah kes yang kawasan gegendang bernanah kerana kondisi air yang masuk ke telinga mengganggu proses pemulihan.
Selain dari doktor scan telinga, ujian audiologi pun dijalankan. Masa ni anda akan di beri audio seperti bunyi hujan, tik tok tik tok. Jika anda dengar, tekan butang untuk mengesahkannya. Apabila ujian selesai dibuat, keputusan akan keluar dan doktor akan analisa. Bagi Ruby 20% – 30% pendengaran tidak berapa jelas dan mungkin tidak dengar jika anda bercakap perlahan. Kalau titiskan Travid, jelas boleh dengar. Ibarat macam bergantung kepada ubat lah sekarang ni. Hahaha.
Untuk perkongsian dan nasihat bersama. Jaga telinga anda ya. Membran gegendang telinga sangat nipis. Jagalah ia sebaik mungkin. Banyak ia berjasa sepanjang kita hidup.
xoxo!
Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4
8 thoughts on “Gegendang Telinga Berlubang Atau Dimasuki Semut”
gina
(November 7, 2014 - 3:28 pm)Betul lah, kebanyakan pasti dimasukan air, atau di kasih minyak angin di lubang telinga.
gina´s last blog post ..Kondom Untuk Pencegahan Dan Penularan HIV & AIDS
aku penghibur
(October 18, 2014 - 3:02 pm)perghhh aduhh terima kasih entrinya kak ruby… abang pernah teliga dia masuk semut,..sekarang baru tahu ada ubat tu..thanks sharing
aku penghibur´s last blog post ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ida
(October 17, 2014 - 10:53 pm)ida tak pernah kene tapi husband pernah. ade ke dia lalukan air dalam telinga dia. hikhikhik… ok now dah tahu cari ape kalau ade probs gini.. hee ~
#eh jap jap mana entry jiran dari neraka ni? kuikuikuiii
Myliferiam
(October 17, 2014 - 3:04 pm)Salam kenal Ruby. Sebut pasal telinga ni memang naik seriau kalau ada apa-apa yang masuk atau tercedera.
Myliferiam´s last blog post ..Cara Mudah Untuk Kembalikan Semangat & Rasa Tenang
Mummy Dina
(October 16, 2014 - 11:25 pm)Saya memang tak pernah korek telinga anak2 sebab paed pesan jangan korek telinga..dia suruh bersihkan dalam kawasan cuping telinga je..
Mummy Dina´s last blog post ..Tahi Bintang Paling Tak Sedap Di Dunia
Mazni Azmi
(October 16, 2014 - 5:33 pm)Eloklah belanja lebih sikit. ANak anak lasak. Nak bersihkan bukan senang
Mazni Azmi´s last blog post ..Kelengkapan Umrah Semasa Musim Sejuk 2015
akubiomed
(October 16, 2014 - 1:58 pm)Baru ini ada menonton di YouTube yang mana serangga cengkering masuk ke dalam telinga.
akubiomed´s last blog post ..Cara pantas setting modem tp-link tdw8961nd
Hasnul Mutawif
(October 16, 2014 - 5:36 pm)Memang berguna sangat untuk ibu dan ayah ni.
Kebersihan gegendang pun kena jaga. Sebab kalau tidak boleh ada jangkitan atau taik keras
Hasnul Mutawif´s last blog post ..Cara Mengisi Jadual Cuti Musim Sekolah 2015