Hari Keluarga Bersama Sharp AQUOS Quattron Pro

Ahad lalu Ruby telah mengadakan hari keluarga, semua ahli keluarga wajib datang. Tidak kira la sibuk mana, kali ini wajib datang! 11.30 pagi semua telah berkumpul. Mak siap bawa makanan. Masakan mak sudah tentu la sedap kan. Ruby cuma sediakan air sahaja. Hahahaha. Ingat lagi tak Ruby ke Zoo Negara minggu lalu? Anda boleh baca penulisan itu di sini. Jadi hari Ahad tu, ruby tayangkan video Ruby ke Zoo Negara! Mainkan video tersebut dengan TV besar iaitu Sharp AQUOS Quattron Pro! Hari keluarga bersama Sharp AQUOS Quattron Pro lebih meriah. Anak-anak saudara Ruby punyalah teruja tonton video dengan tv besar!

Sharp-AQUOS-Quattron-Pro-3 Sharp-AQUOS-Quattron-Pro-4 Sharp-AQUOS-Quattron-Pro-2

Masa bersama keluarga amat penting kerana sampai bila-bila kita akan sibuk. Ruby pun alpa dengan kerja dan kesibukan sebagai ibu. Ada masa Ruby rindu dengan keluarga besar Ruby. Mak, Adik-adik dan anak saudara. Tetapi nak buat macam mana, masing-masing perlu mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih selesa. Ruby harap pada Ahad lalu mereka seronok dan enjoy berada di rumah Ruby. Gelak ketawa, makan bersama, bersembang tentang perkembangan terkini. Bersembang mengenai memori masa kecil-kecil dulu. Bila dah bersembang berkenaan kenangan masa lalu, nampak sangat dah lama tidak jumpa.

Quattron Pro memberi kejelasan yang ketara semasa video ruby dimainkan. Anak saudara Ruby, si Qistina dan Miqail pot pet pot pet bila nampak zirafah, harimau, singa dan pelbagai haiwan lain lagi. “Apa tu?”. “Eeee dia buat apa tu mak long”. “Singa lauttt”. “Nak ikut juga pergi Zoo Negara mak long, nak naik kereta yang takda pintu tuuu.”. Comel kan keletah anak-anak kecil ni. Hehe.

Sharp-AQUOS-Quattron-Pro-1 Sharp-AQUOS-Quattron-Pro-10

Sharp AQUOS Quattron Pro ni TV bersaiz 60 inci. Lebar dan besar, Walaupun rumah ruby kecil, ia sangat sesuai. Ruby dapati tv ini tidak menyakitkan mata langsung walaupun bersaiz besar. Ia cuma memberi kejelasan dan warna-warna di dalam video ruby itu seperti hidup. Ekspresi wajah ruby, keseronokan suami dan wajah Adam yang teruja di Zoo Negara pun jelas nampak. Anda tonton video Zoo Negara pun nampak seronok dan ingin ke Zoo Negara tau. Seperti di panggung wayang! Sharp AQUOS Quattron Pro memiliki THX Certified. Jadi, sistem bunyi juga bagus!

Sharp-AQUOS-Quattron-Pro-14 Sharp-AQUOS-Quattron-Pro-13

Ramai tertanya-tanya berapa harga TV Sharp AQUOS Quattron Pro, ia bernilai RM 9,999! Ruby berpeluang menggunakan TV ini selama 4 jam pun dah seronok! Kalau dapat terus memang best la kan. Terima kasih team Sharp kerana sudi datang rumah dan memeriahkan hari keluarga Ruby! Terima kasih kerana mengumpulkan kami semua. Hehehe.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

7 thoughts on “Hari Keluarga Bersama Sharp AQUOS Quattron Pro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.