Jiran Dari Neraka

      18 Comments on Jiran Dari Neraka

Jiran dari Neraka? Hurmmm.. sebenarnya Ruby taknak tulis berkenaan topik ni. Tapi kena tulis untuk makluman anda semua. Ruby ada krisis dengan jiran. Rumah ruby di tingkat 1 dan rumah jiran di ground floor. Isu berkenaan air bocor dari tingkat atas dan mengakibatkan kerosakan yang teruk di rumah dia. Bagi Ruby isu ni dah selesai kalau betul caranya. Tapi jiran ni nak gunakan mahkamah sebagai tempat selesai masalah. Takpelah kita teruskan juga.

image

Ruby dah duduk lama dah di rumah tu. Rumah famili, memang kami sentiasa ada di rumah. Mak, adik-adik dan Ruby. Malah kami bersekolah di kawasan rumah tu. Mula pindah di rumah itu pada tahun 2005. Mak ubah suai rumah  untuk keselesaan semua. Ubah suai maksud Ruby pasang tiles dan plaster rumah. Itu je. Tiada berkaitan paip air ke. Nak tebuk tukar saluran ke. Yang berkaitan dengan air memang kami tidak sentuh.

Jiran yang di ground floor ni tidak duduk di rumah yang dia beli ni. Tetapi menyewakan kepada pasangan keluarga dan kami jiran tetangga pun tidak kenal jiran ni malah penyewa rumah situ. Mereka tak berbaik-baik dengan jiran pun. Tapi mak kenal satu blog rumah pangsa 5 tigkat ni. Sebab selalu ada gathering makan-makan. Tiba-tiba satu hari pada tahun 2006 pemilik rumah bawah ni datang ke rumah dengan keadaan marah cakap rumah dia siling bocor. Nak cek rumah. Mak pun benarkan. Tapi tidak jumpa punca. Jadi kena refer perumahan dan pemaju untuk tengok peta. Nak tahu saluran air tu dimana.

Perumahan dan pemaju bagi peta dan senyap macam tu. Siap suruh mak selesaikan sendiri dengan buat by pass. Mak tanya pendapat sedara mara apa perlu buat. Untuk redakan keadaan, kami buat by pass. Upah kontraktor utk sambung paip dari meter air terus ke toilet shower semua lah. Ingatkan dah selesai. Tahun 2007 jiran ni hubungi Ruby pula waktu bekerja. Beliau marah-marah ruby pula. Ruby cakap la dah kenapa marah-marah sangat ni. Sebab mak dah buat by pass. Dia nak tebuk lantai rumah mak katanya. Nak tengok dari situ. Jiran ni juga siap cakap “sebab awak renovate rumah ni macam istana tu yang paip bocor”. “Eh apasal pula ni. Pasang tiles tak sampai ke saluran paip la. Akak ni dah gila ke nak tebuk lantai rumah orang sesuka hati?”

Rumah macam istana? Rumah ni mak pertama kali beli. Kami ubah suai untuk keselesaan kami je. Takda la jadi macam istana. Marah benar nampaknya.

Lepas tu tahun 2014 ni masih lagi isu ni berbangkit. Jiran ni gunakan khidmat peguam iaitu rakan dia sendiri untuk saman mak. Mak dah tua, bila benda ni makin hari makin rumit. Jadi stress la mak. Sebelum mak menunaikan Umrah pada Januari tahun 2014 ni. Jiran ada gertak emak nak guna peguam la bagai. Mak pun cari la cari kontraktor untuk cek rumah lagi sekali. Memang duit mengalir macam air. Saban tahun diganggu, bayangkan lah. Kemudian mak terpaksa percaya kontraktor tu dengan bagi kunci rumah sebab mak nak menunaikan Umrah. Ruby dan adik-adik dah kahwin. Jadi dah duduk rumah sendiri. Tapi kontraktor taknak mulakan  ubah suai. Mereka nak tunggu mak balik dari Umrah. Mak balik 12 Jan 2014. Waktu ruby bersalin. Hahaha. Ruby pula berpantang dekat rumah mak. Kontraktor nak tebuk lantai dan dinding  bilik air. Dua-dua bilik air pula tu. Adoii. Dah le ada baby. Nak buat kerja ubah suai lagi. Habuk tu..

Hurmm ruby pun beralah dengan balik rumah sendiri dan berpantang untuk beberapa hari sendiri. Memang sakit hati rasanya. Disebabkan jiran macam ni. Mak ubah suai lantai dan tukar paip semua. Harap-harap tiada masalah lagi dengan jiran. Tapi dua minggu lalu iaitu 9 Oktober 2014, mak dapat surat untuk naik mahkamah di Jalan Duta untuk bicara kes ni. Ya Allah apa lah masalah jiran ni. Dah macam-macam kami buat. Duit untuk ubah suai pun dah banyak keluar.

Mak pergi mahkamah dan hakim tanya “mengaku ke tidak?”. Mak cakap “tidak”. Hakim jawab “dapatkan peguam kes ditangguh 2 minggu dari sekarang”. Peguam jiran tu jumpa mak. Siap cakap patutnya kes ni dah tarik. Tapi jiran tiba-tiba call nak juga teruskan. Puan dapatkan peguam di Bantuan Biro Guaman Malaysia di Jalan Raja Laut dan Wisma Hangsam. Mak pun pergi la kesana. Tapi mereka tidak ambil kes sivil isu perumahan macam ni. Mak dah penat bercerita, baru la mereka bagi tahu tak ambil kes macam ni. Letih mulut bercakap. Siap dengan gambar, fail dan bukti semua mak terangkan. Baru mereka cakap tak ambil kes ni?

Mak bukannya apa, peguam jiran tu cakap nak setel dengan bayaran RM 8,000. Mak oii senangnya hidup. RM 8,000 bukan sikit tau. Tambahan untuk kes macam ni. Macam dianiaya sangat! Sebab tu mak berusaha cari peguam dari Biro Bantuan Guaman Malaysia. Tapi jalan buntu pula. Mak pun ajak Ruby ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Putrajaya. Pergi sana dan minta nasihat macam mana.

Bila Tuan tu baca surat saman mak tu, dan semua fail yang mak sediakan terus dia bagi pendapat tanpa perlu mak explain panjang-panjang macam sebelum ni. Tuan siap cakap kenapa masih ada orang yang aniaya sampai nak ke mahkamah. Sedangkan boleh selesai. Masing-masing dah setuju untuk ubah suai rumah dan by pass. Tapi teruskan lagi kes. Tuan tu juga bagi alamat Biro Guaman di Pasar Seni tu. Mak pun lega dan Isnin lalu ke tempat itu pula. Tapi lagi sakit hati sebab dua orang peguam ni gelak-gelak bila dengar kes mak. Mak terangkan dengan sakit tekak demam lagi. Bila dah terangkan mereka boleh gelak-gelak? Peguam apa macam ni? Ke kerani menyamar jadi peguam?

Nampaknya Biro Bantuan Guaman Malaysia hanyalah pada nama. Tidak dapat membantu. Ya betul Ruby cari Biro Bantuan Guaman untuk peguam yang ingin buat kebajikan dengan mengenakan cas bayaran murah! Ya betul sebab nak murah. Kalau boleh PERCUMA terus sebab kami tiada duit. Berapa kali pula nak turun naik mahkamah untuk kes macam ni?

Bila jalan dah buntu, jalan lain adalah tanya kawan-kawan yang mempunyai kawan-kawan peguam. Alhamdulillah jumpa. Malah peguam bangsa India lagi. Peguam itu juga buat kebajikan dengan beri perkhidmatan PERCUMA! Ya Allah masih lagi ada harapan untuk orang yang teraniaya. Peguam tu terus call peguam jiran tu dan cakap saya peguam kes dan kenapa nak teruskan kes? Siap cakap akan tunda kes sebab cuti Deepavali. Hah kecut perut tak?

Lepas tu bila hari bicara iaitu semalam. Mak pergi awal untuk beritahu jurubahasa untuk tunda kes. Masa bicara hakim tunda ke bulan November. Bila selesai bicara, peguam jiran ni jumpa mak dan marah-marah mak. “Kata nak setel luar? kenapa pakai peguam”. Mak cakap “Minta maaf lah saya tiada RM 8000”. Terus mak berlalu pergi.

Bezanya disini, peguam jiran tu melayu islam. Takkan la mudah nak dapat RM 8000 dengan keadaan ekonomi negara dan ekonomi keluarga yang tengah turun naik ni? Inilah namanya Jiran Dari Neraka. Apa yang dia cakap, dia buat dan dia janji semua tak betul. Peringatan untuk anda, ambil gambar untuk apa jua perkara yang pelik berlaku. Mungkin ia berguna pada masa akan datang. Dalam surat saman mak ruby banyak betul perkataan yang mak ruby ingkar untuk kerjasama, ingkar untuk ubah suai. Call pun tidak, ketuk pintu rumah pun tidak. Hurrmm.. Ya Allah moga dipermudahkan kes ni.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

18 comments on “Jiran Dari Neraka

  1. Hana

    Salam ruby, kalau boleh saya pon nak no. Peguam yg bantu kes Ruby dan mak Ruby. Just nak tanya apa sebenarnya penyelesaian yg betul. dalam case saya, alhamdulillah takdelah sampai bergaduh lagi sebab saya beri kerjasama. This time, rumah saya yg bermasaalah kepada jiran saya. Katanya bocor dari rumah saya. Pernah buat waterproofing kosnya hanyalah rm550 tapi tak berjaya sebab katanyaasih bocor lagi. Alternative nya kene buang tiles lama buat tiles baru tetapi kosnya rm6000 lebih kurang macam tu. Masalahnya, kami bukannya cash rich..ada kawan bgtau by right kos construction saya kene ditanggung 50-50 dgn jiran..tapi betulke..pernah utarakan pandangan ni dgn Jiran tapi mmf dia refuse lah kan sebabnya kononnya masalah dtg dari rumah saya jadi saya yang kene tanggung semua..saya mmg nak beri kerjasama tapi at the same time kalau boleh nak juga tahu adakah wajar saya tanggung seorang..kalau ikut undang2 mmg saya kene tanggung saya tak kisah, tapi kalau sebenarnya sebaliknya saya nak lah ikot saluran yg betul…oleh itu, kalau Ruby tak keberatan, nak tahu juga no. Peguam Ruby tu nak kan pandangan yg jelas…

    Reply
    1. WebWalker

      rujuk Akta Hak Milik Strata..tanggungjawab 100% petak unit atas
      rujuk Jadual Ketiga, Tugas-tugas Pemilik

      Reply
  2. sepoi

    Salam pn,

    Sy rasa lantai yg pn buat tu x da water proof, sbab tu air ( mungkin air yg diguna dlm blik mandi/tandas )meresap n menitik ke rumah bwh. Klau lantai asal yg ada water proof di hacking mmang kna ltak water proovfing baru, klau x boco la alamatnya. Lain kali org atas klau renovate lantai pastikan kontraktor tu ltk waterproofing. Sekadar pandangan n pngalaman.

    Wassalam.

    Reply
    1. Ruby Post author

      Waalaikumsalam,

      Arwah ayah saya memang mencari kontraktor yang tahu apa kerja yang dia patut buat. Siap ada waterproofing. Dia sedia maklum tentang hal tu.

      Reply
  3. Muhamad Zaki

    Salam Puan Ruby,

    Tertarik saya dengan penulisan puan ruby ini. saya juga mengalami masalah yg sama. saya membeli sebuah rumah di KL. usia rumah 30 tahun. mmg mcm bukan rumah. so saya buat renovasi yang di kategorikan sebagai Fully Extreeme & Major renovation. lepas siap mmg ada bocor… my mistake paip tak game…. dah buat balik… selepas penyewa masuk… 6 bulan ada air keluar…. chek2 tak ada jumpa apa2….. sehinggalah dia berpindah pada Awal Januari 2017. saya buat analisis…. tutup semua paip…. masih air keluar…. buang semua air dlm paip dan tangki simpanan… masih lagi air keluar….. jadi terbukti air bukan daripada rumah saya…

    saya periksa… rumah di atas… paip rosak tak ganti… pelampung rosak tak ganti…. belum berkesempatan nak jumpa tuan rumah….. harap2 jiran sudi berjumpa saya… kerana kebocoran tersebut meresap dan melalui rumah saya terus ke koridor….. turun ke bawah…. orang bawah marah2 penyewa saya sampai berpindah penyewa saya…..

    bila penyewa dah berpindah… saya tunjuk bukti…. rumah tiada orang, paip di tutup, tangki di kosongkan…. air masih keluar….. so macammana…. salah saya lagi ke?

    kepada jiran2.. silalah beri kerjasama…. saya tanggung kos tukar2 paip2 tu semua bukan nak tunjuk saya kaya atau apa… saya cuma nak selesaikan masalah aje

    sedih bila dapat jiran2 mcm ni…..

    Reply
    1. Ruby Post author

      Waalaikumsalam En Muhamad Zaki, saya turut bersimpati dengan keadaan yang encik alami. Keadaan begini kalau jiran asyik tuding jari memang takkan selesai masalah sedangkan kita pun ada kerja lain dan tanggungjawab lain dari bergaduh dengan jiran yang tak faham bahasa ni. Jangan ingat mereka di bawah boleh menyalahkan jiran diatas tanpa usul periksa. Saya siap masuk rumah jiran bawah dan tengok dimana tempat bocor dan minta plan piping dari kontraktor perumahan untuk kepastian. Sebab dah letih buat piping baru sampai dalam rumah bleh nampak saluran air? Astaghfirullahalazim stress sangat. Setiap kos baik pulih bukannya murah. Dapat yang cekik darah cas mahal tp buat keje tak kemas. Sebab niat nak tolong kontraktor melayu. Ni rumah masih lagi bermasalah. Sebab saya tak guna dah saluran air asal.

      Reply
  4. zali

    Assalam kepada uncle n auntie yg ada di dalam blog nie,
    Ini pandangan dan pendapat sy ttg kes begini KEBOCORAN ANTARA DUA TINGKAT, dalam akta pengurusan Strata Pengurusan Strata 757, sekiranya anda ada kebocoran mcm nie terus rujuk kepada Pejabat Pengurusan Bangunan atau Pesuruhjaya Bangunan ( C.O.B ) di kawasan masing2. Wakil pejabat pengurusan atau COB yang mana2 berkenan, akan dtg ke rumah anda dan jiran anda untuk menyiasat punca kebocoran. Hasil siasatan akan dihantar kepada kedua-dua dan pejabat pengurusan untuk makluman dan mereka akan menentukan siapa yang perlu bertanggungjawab melalui borang 28. Dalam bangunan kediaman bertingkat, sebarang kes yang dibawa ke mahkamah perlu dirujuk melalui Pesuruhjaya Bangunan dan tuan/puan boleh menafikan ( denied ) tindakan jiran dari neraka tersebut di mahkamah kerana tiada makluman. Sekadar cakap saja tanpa ada surat dan tak valid di mahkamah. Jiran tersebut perlu membuktikan,menyatakan sebab dan punca kebocoran tersebut melalui satu hasil siasatan daripada pihak berkuasa atau badan pengurusan atau perbadanan pengurusan. Nasihat saya sebarang tindakan tuan/puan mesti ada hitam putih. Mudah untuk membuat dakwaan atau menafikan dakwaan tersebut.

    Reply
  5. Guna

    Saya pun ade masalah dengan jiran jugak. Masa dia renovate rumah dia, habis car porch aku berlubang,kotor, berhabuk rumah aku. bukan setakat tu je dekat 3 ” ruang rumah saya depan belakang dia ambik, aku sabar je.

    Ni masa aku pulak renovate rumah banyak complain bising la habuk la….

    Nasib baik jiran yang lain semua baik.

    Sabar je la…..

    Reply
    1. Ruby Post author

      Hurmmm. Mereka tidak sedar, kita bersabar ketika mereka melakukan renovasi. Tetapi melenting bila kita pula lakukan. Kifarah. Sabar je lah.

      Reply
  6. faid

    Maah bertanya, di mana saya boleh mendapatkan butiran / detail berkenaan dengan kes-kes seperti ini untuk dijadikan rujukan..
    Sekian, TQ

    Reply
  7. recxy

    Salam Cik Ruby, boleh tak saya dapatkan nama dan alamat peguam tersebut. Saya ingin mendapatkan peguam bagi mendapatkan keadilan untuk 2 orang anak saya. Terima kasih.

    Reply
  8. sama ler nasib kita

    Hmmm..saya pun berhadapan masalah yang sama dengan jiran..Rumah saya jenis town house. Saya di tingkat bawah…dapat jiran memang betul2 dari neraka.. Rumah diatas owner skrag beli dari orang lain.. biasa kena terimalah rumah seperti yang dilihat.. kes pertama : pentup longkang rumahjiran tu dah rosak..dengan rasa tak bersalah dia menggantikannya dengan penutup longkang besi yang diletak diantara rumah saya dan dia,,kira mcm hak bersama lah tu.. saya beritahu bahawa bahayalongk ang tu x tertutup sbb anak2 saya main basikal mungkin terjatuh ke dalamnya..kata jiran tu nak ganti balik..setelah berbulan dia buat dontknow jer..akhirnya terpaksalah saya menggantikan penutup tu,,walau tak seberapa tetapi patutkah macm tu..
    kes ke 2 dgn jiran yang sama..air dari bilik mandi dia menyerap masuk kerumah saya dengan banyak kerana waterproofing nya yang tdak dibuat mengikut spec oleh pemaju,, 6 bulan saya menahan sengsara menadah air pakali timba di ruang tamu juga dibilik tidur hadapan..bila sya suruh dia repair dia cakap bukan salah dia..mak oii,,bilik air siapa tu? yg naya org bawah ler.. akhirnya saya mencarii kontrakor..oleh disebabkan adik ipar yg bekerja di site cuba menolong dengan membawa pekerja site pada hujung minggu utk memperbaiki kerosakan.. setelah siap adik ipar hanya meminta kos upah tanpa kos barang..bayangkan untuk hack…sapu water proofing dan tiles white house baru (jauh lebih elok dari tiles asal) hanya rm700.. satu sen dia x nak bayar..
    kes 3 dgn jiran yg sama.. drain paip dari sinki rumah dia join dengan drain dari bilik tidur master bedroom sya.. oleh kerana saban hari air basuhan pinggan tmasuk (x tahu mcm mna dia pakai) akhirnya menebal minyak dalam paip tersebut..mangsanya saya lah sbb unit bawah..akhirnya keluar belanja lagi buat by pass dan x share dengan paip dia..bila tersumbat dia salahkan saya dan ugut macam2 sdangkan punca tersumbat tu dari dirinya sendiri.. katanya nak tebuk paip dari atas dan air akan melimpah kerumah saya melalui dinding luar…hmmm saya akan buat report polis dan ambil lawyer jika d,, mcam2 cara dah buat..nak buat elok2 ditengking nya kita balik..

    Reply
    1. Ruby Post author

      Salam akak. penyabarnya akak. entahlah bila kita baik. jiran pula begitu. saya kalau ada peluang dan duit. saya nak beli bungalow seunit je untuk family saya. pastu siap taman sekali. tak payah kongsi dengan org gila mcm jiran kita sekarang ni. hurmmm. kita jenis jaga harta, payah duduk berjiran dengan orang yang sambil lewa dan taknak berbincang.

      Reply
  9. Hafiz

    Saya berjiran dgn org melayu juga, tp tak paham bahasa and takda temadun. Diorang ni buat kerja-kerja pertukangan dlm rumah.. Sebelum luar rumah. Kalau sekali sekala boleh terima lagi. Tp ni dah siap berniaga. Amik upah buat perabot. Kalau duduk rumah landed boleh terima lagi, ni rumah apartment. Sy penah report ke pihak managemt, jiran ni marah2 lg, ckp saya ni hanya penyewa, suruh duduk diam2.. Apa perlu saya buat. Saya terpikir nk saman.

    Reply
  10. Mazni Azmi

    KAmi doakan semuanya selesai dengan lancar.

    Kami pun baru ada masalah dengan jiran. Alhamdulillah dah selesai, Allah juga yang membantunya. Saya cukup risau isu jiran ni sebab bukan isu kecil.

    Ada hadis cakap secara spesifik.. barangsiapa beriman dengan Allah dan hari Akhirat muliakan jiran.

    Dalam kes ni, semoga Allah swt bantu keluarga Ruby.

    Dapat selesai cara baik. Pakai lawyer ni banyak keluar duit
    Mazni Azmi´s last blog post ..Tudung Labuh Koshibo Daisi Beli Online MurahMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge