Kalah Teruk Di Allianz Amazing Hunt 2014

Kalah teruk di Allianz Amazing Hunt 2014?? Hahaha. Ini memang tajuk kelakar ruby pernah buat. Kononnya masa hari lahir yang ke 27 nak join pencarian harta karun dan dapatkan sendiri hadiah hari lahir. Tapi… Haaaa pakej lengkap dengan demam dan sakit kaki masuk treasure hunt. Terus tempat ke 24 iaitu second last! Kahkahkahkah!

Ala, masuk treasure hunt ni saja-saja je. Kalau ikutkan dah 4 kali lah ruby join treasure hunt ni. Pertama dengan GSC, kedua di Putrajaya, ketiga Malaysia Tourism Hunt dan keempat Allianz Amazing Hunt ni. Semua ni yang ruby masuk memang tidak pernah menang! Haahahahaha! Ruby belajar berkenaan treasure hunt dengan menyertai program macam ni. Kalau nak belajar memang kena join sendiri. Setakat google je memang anda tidak akan nampak realiti treasure hunt. Cara tengok tulips, nak setelkan pencarian ayat-ayat tonggang terbalik tu.

Tapi bagi ruby Allianz Amazing Hunt ni paling senang dan best! Sebab tugasan simpel sahaja. Betul la seperti saranan marshall masa hari briefing, sila mantapkan stamina! Sebab anda perlu berlari! Lari dan lari! Sebab tugasan senang giler!!!! Cuma sebab apa kena berlari? Berlari kejar LRT! Berlari ke lokasi dan lari balik ke stesen LRT! LRT pada hari sabtu memang disaster. Lambat! Kalau terlepas LRT kena tunggu lagi! Lama pula tu. Jam 10 pagi ke atas baru LRT okay sepenuhnya. LRT yang Ruby guna adalah Kelana Jaya Line dan Star LRT.

Allianz Amazing Hunt 2014

 

Allianz-Amazing-Hunt-2014-9Team FF!

Allianz Amazing Hunt 2014

Allianz Amazing Hunt 2014 Allianz Amazing Hunt 2014 Allianz Amazing Hunt 2014 Allianz Amazing Hunt 2014

Task pertama betulkan ayat-ayat tu dan dapatkan sampul yang tertera jawapan anda! Tunjukkan dekat marshall untuk dapatkan klu yang pertama iaitu lokasi pertama anda mulakan Allianz Amazing Hunt. Team FF mula di Stadium Nasional Bukit Jalil! Macam mana kami tahu? Marshall bagi nombor coordinat! Nasib baik data henfon ada dan ada install google maps. Kalau harap kat waze je masak laaa..

Allianz-Amazing-Hunt-2014-10

Allianz Amazing Hunt 2014

Dari KL Sentral naik KJ Line ke Masjid Jamek dan tukar ke STAR LRT. STAR LRT laluan Sri Petaling. 1 jam untuk ke sana sebab LRT awal pagi ni slow!!!! Arghhhh..

Allianz-Amazing-Hunt-2014-11

Dari Bukit Jalil ke Masjid Jamek untuk ke Menara Allianz yang ada Allianz Kampungku Mural. Lokasi di Jalan Gereja. Ruby biasa hantar kawan ke gereja atas tu. John Raymond nama kawan ruby tu, tiap Krismas pasti dia ke sini. Hehehe. Jadi tahu la lokasi ni. Disini kami kena suai padan gambar. Kalau anda tidak tahu gambar apa tu, google je gambar penuh dan buat sama-sama dengan ahli kumpulan. Mesti cepat siap!

Allianz Amazing Hunt 2014

Dah siap kami pun dapat next klu. Kena pergi Sekolah Rendah Datuk Keramat untuk cabaran makanan! Harap-harap ada mee sup 2 mangkuk kena habiskan ke. Sekali tembikai koooo.

Allianz Amazing Hunt 2014

Allianz Amazing Hunt 2014

Cabaran makan tembikai ni Ruby dan Najeeb bagi Faizal buat sebab dia bising kelaparan. Hahaha. Sekali haaaaa.. Sebiji tembikai koo. Mampus. Ruby tolong la dia makan. kena penalti 10 minit. Miahahaa.

Allianz-Amazing-Hunt-2014-14

Dah dapat klu untuk lokasi seterusnya kami pun bergegas ke lokasi seterusnya di Bandaraya iaitu stesen STAR LRT untuk mencari orang. Bab ni memang bagus tugasan ni ada. Sebab rata-rata orang Malaysia ni malu bertanya. Even Najeeb dan Faizal pemalu nak bertanya! Hahahaha. Terus Ruby sergah tanya lelaki ni. “Maaf encik, saya join Allianz Amazing Hunt, 1 thing that really matter to you.???????”. Dia jawab “My name is Razali!” Pergghh selesai!

Allianz Amazing Hunt 2014 Allianz Amazing Hunt 2014

Kemudian berlari ke Restoran Insaf dekat Jalan TAR tu. Dapatkan tugasan. Kena cari nama penuh kedai. Tapi klu adalah logo sekecik-kecik alam! Nasib baik juga Ruby orang KL dan rajin shopping! hahahaha! Globe, Zaira, Sogo dan G.S.Gill semua ruby dah tau. Yennadei.. Tapi kenapa kalah teruk ni! Huwaaaa.

Kemudian next klu ke Muzium Textile di Dataran Merdeka tu. Kalau ikutkan dari Insaf ni boleh je jalan terus ke sana. Tapi kaki dah mula kejang sebab makan tembikai! Ruby kan baru je bersalin Adam bulan Januari lalu. Jadi, mendapatlah makan benda sejuk tu! Tembikai saiz sebelah tu. Faizal makan sebelah, ruby sebelah. Jadi 1 biji tembikai la kan. Huwaaaa!

Kami naik bas dari Jalan TAR. Bas GO KL tu, tapi malangnya dekat Dataran Merdeka ada EXPO dan jalan tutup. Huwaaa. Bas tidak dapat berhenti di mana-mana lokasi. Sebab membahayakan. Kemudian bas bawa satu pusingan dan kami diturunkan dekat dengan susur ke Bukit Aman tu. Jalan kaki ke Muzium Textile! Huwaaa.

Tugasan di Muzium Textile senang gila. Buat batik dan cari gambar. Batik tu Najeeb buat dan cari gambar Ruby buat. Faizal dah knock out dah. Dah tak boleh fikir dah. Hahaha. Lokasi seterusnya di Bangsar LRT dan ke Restoran Rebung Chef Ismail. Done!

Allianz Amazing Hunt 2014

Walau apa pun ruby enjoy sangat join Allianz Amazing Hunt 2014! Tahun depan boleh join lagi. Terima kasih untuk hadiah hari lahir Ruby juga! Lolipop! Hahaha.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Kalah Teruk Di Allianz Amazing Hunt 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.