Laugh Malaysia Bersama Harith Iskander

Laugh Malaysia bersama Harith Iskander? Hehehe. Harith memang pelawak paling Ruby suka dalam Malaysia ni. Sebab lawak dia berkaitan kehidupan. Ada kalanya macam terkena batang hidung sendiri. Hahaha. Yelah, bila Harith beri point dalam lawak beliau berkenaan kehidupan seharian. Ada juga sama dengan apa yang kita semua pernah lalui. Jadi, dalam masa yang sama ia menjadi nasihat yang berguna walaupun melalui hilaian ketawa.

image

image

image

Lagi satu, dengan lawak Harith Iskander ni ruby belajar bercakap bahasa inggeris juga. Sebab dengan cara santai macam tu kita lebih tahu kekerapan penggunaan bahasa dalam percakapan. Walaupun orang Malaysia ni suka cakap campur-campur bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi pada masa akan datang mereka akan fasih juga.

Selain Harith, Ruby suka Joanna Bessey. Ingat lagi rancangan Kopitiam? Kalau zaman sekarang Oh My English. Masa zaman Ruby remaja dulu rancangan Kopitiam la menjadi rujukan belajar bahasa Inggeris. Hahaha.

image

Harith Iskander, kalau kita nampak muka beliau pasti tersenyum. Iklan di televisyen, gambar di fitness concept dan “stand up comedy” di PJ Live Arts. Semuanya bakal membuat anda ketawa. Gelak la sampai lebam. Lawak Ke Der pertama dulu pun telah membuatkan acara itu menjadi fenomena dek kerana lawak perempuan vs lelaki Harith Iskander. Adoi tak tahan ketawa. Sebab apa kita ketawa? Sebab kita faham lawak tu dan ia berkaitan dengan kita. Hahahaha.

Jika anda ingin ketawa lagi. Jom kita ke acara julung kalinya Harith Iskander membuat konsert. Hahaha. Sebab beliau guna stadium, ia akan jadi acara terbesar buat Harith Iskander. “To know Malaysia is to Laugh Malaysia” Cara sebut adalah To know Malaysia is to Laugh la Malaysia!!. Hehehe.

image

image

Acara ini akan menggabungkan 3 pelawak iaitu Harith Iskander, Dr. Jason Leong dan Papa CJ. Dr Jason Leong adalah pelawak baru dan Papa CJ adalah pelawak yang paling berpengaruh di India. Dapatkan tiket anda segera dan hasil jualan tiket juga akan di salurkan kepada badan kebajikan OrphanCARE. Ini kerana isteri Harith Iskander iaitu Dr Jezamine adalah duta kepada badan kebajikan OrphanCARE.

Rumah kebajikan tidak semestinya didiami oleh anak-anak yatim. Ada diantara mereka berada disitu kerana masalah kewangan dan kemiskinan keluarga. Ada pula situasi yang ibu bapa terlibat dalam jenayah dan dadah. Jadi, bagi membantu anak-anak ini meneruskan kehidupan dan mendapat pendidikan yang sewajarnya. OrphanCARE membantu anak-anak ini untuk terus berjaya.

Jumpa ada di “To Know Malaysia is to Laugh Malaysia!”. Ia adalah acara lawak terbesar di Asia. Jangan lepaskan peluang anda!

image

Lokasi : Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tarikh : 29 Oktober 2014
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam

Tiket dijual pada harga RM 38, RM 68, RM 118, RM 128, RM 158, RM 258 (VIP)

  • Online at www.AirAsiaRedtix.com
  • Rock Corner outlets:
    • The Gardens (TEL: 03 – 2201 4893)
    • KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)
    • Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)
    • The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)
  • Victoria Music outlets:
    • Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
    • Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
    • Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)
  • Artist Gallery:
    • Gurney Plaza, Penang
    • Queensbay Mall, Penang
  • KL Life Centre TEL: 03 – 2162 2570
  • Tune Store Low Yat Plaza

image

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Laugh Malaysia Bersama Harith Iskander

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.