“Libresse The Hunt” Misi Mencari Tuala Wanita Baharu!

“Libresse The Hunt” Misi Mencari Tuala Wanita Baharu! Ya betul! Jom kita semua jadi ejen James Bond untuk menyelesaikan masalah yang sering kita alami iaitu “bocor”. Hahaha. Kalau ikutkan pengalaman bocor-bocor ni memang malu nak cerita. Tapi itulah kehidupan kan? Sebab apa bocor? Sebab tuala wanita tidak sesuai la kan? Penggunaan tuala wanita pun kita main pakai je asalkan boleh melekat di spender dah okay. Sedangkan kita kena tahu hari ni banyak ke aliran? Dah hari ke berapa ni? Nak habis dah ke aliran darah tu. Jadi, bila dah pandai dan bijak memilih tuala wanita. Masalah bocor dah GONE!

Ruby kalau masa mula-mula dulu datang haid adalah pada tingkatan 1. Nasib baik la ada akak demo tuala wanita buat forum. Tahu lah sedikit sebanyak info. Beli tuala wanita pun mak yang beli. Ikut mak pakai jenama yang mak suka la kan. Tapi lupa nak tanya mak, pakai tuala wanita ni sehari terus ke atau kena tukar-tukar? Hahahaha. Bab tu memang tidak sempat nak tanya. Tau-tau dah bocor. Bocor lagi? Ye adik-adik, bocor lagi! Rupanya jika aliran deras, tukar tuala wanita setiap 3 hingga 4 jam. Pergi la tandas untuk check. Untuk elakkan bocor. Haaa. Ingat senang nak jaga orang datang haid?

Ada pula tu aliran deras tapi tuala wanita limited pula. Nak pinjam kawan punya tapi dia punya ada sayap. Masuk tandas bawa gunting dan gunting sayap. Hahahaha. Memang kelakar la kalau ingat balik pengalaman datang haid ni. Tapi tak dinafikan masalah bau paling Ruby cerewet. Sebab kita semua tahu darah haid ni bau dia sangat menusuk kalbu! Kalau anda jenis yang tidak ambil tahu dah penuh ke tidak pampers anda, anda boleh bau tau darah tu. Mungkin anda tidak bau, tapi orang sekeliling? Adoi. Malunya.

Ruby menggunakan Libresse dari tahun 2009 dan sehingga kini masih menggunakannya. Sebab selesa, lembut kapasnya dan senang cuci. Kebiasaanya ruby boleh cuci guna aliran air yang banyak dan perah-perah tuala wanita tu. Buang dalam tong sampah wanita. Siap!

Baru-baru ini Libresse memperkenalkan dua produk terunggul baru – Libresse® Maxi Night Secure dan Libresse® Longer and Wider CurveFitTM Liner.

Basic CMYK

Libresse® Longer and Wider CurveFitTM Liner

Direka mengikut bentuk semula jadi dan lekuk tubuh wanita. Bahagian tengah lembut dan mudah dibentuk, bahagian depan lebih luas dan juga  kepanjangan 17.5cm, memastikan keselesaan sepanjang hari dengan padanan yang bersesuaian serta kekal pada kedudukan setiap masa.

Libresse® Maxi Night Secure

Kajian telah menunjukkan bahawa 50% daripada pengguna tuala wanita malam mengalami kebocoran pada bahagian belakang (Sumber: Innoscreen Ipsos 2013). Libresse® Maxi Night Secure dicipta untuk menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan keselesaan muktamad melalui potongan bahagian belakang baru yang lebih luas untuk keselamatan tambahan, sepanjang malam! Terdapat dalam versi Tanpa Haruman dan Mengawal Bau, Haruman Teh Hijau.

Basic CMYK

“Adakah anda tahu bahawa satu daripada lima wanita mengalami masalah kebocoran? Dengan menjalankan kajian dan menerima maklum balas pelanggan ,kami telah membaharui rekaan kontur Libresse di semua rangkaian produk kami bagi penyerapan yang lebih sempurna. Semua produk Libresse® kini dilengkapi dengan ciri baru Deep Flow Channels (DFC)™, yang bertindak pantas dalam menyerap dan mengalirkan cecair untuk kekeringan lebih baik dan permukaan tengah yang lebih lebar untuk penyerapan efisyen. Unik dan inovatif, ciri-ciri yang dipertingkatkan ini mencegah kebocoran sisi dan pastinya membuat anda rasa selesa sepanjang hari dengan keyakinan sepenuhnya!” jelas Debby Ho, Pengurus Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd.

libresse

Diterajui oleh Adibah Noor dan Fahrin Ahmad, LIBRESSE® THE HUNT bermula pada 7 Oktober 2014 dengan siri iklan dan petunjuk di www.thehunt.my untuk membantu pengguna dan peserta ingin tahu bagaimana cara untuk mencari beg bimbit yang hilang. Dengan tema ‘Perisikan’, kempen ini berjalan selama tiga minggu berturut-turut di mana setiap minggu memberikan petunjuk berbeza untuk merungkai jawapan berbeza yang akhirnya membawa kepada penemuan isi kandungan beg bimbit. “Kami mahu melibatkan pengguna kami dengan cara yang paling mudah didekati serta menarik, dan menjadikan mereka sebahagian daripada pelancaran baru Libresse® membuatkannya lebih bermakna kepada kami dan konsumer kami,” kata Debby Ho.

Kempen ini mencapai kemuncaknya hari ini dengan acara permainan menyeronokkan yang dihoskan oleh Adibah Noor dan Fahrin Ahmad. Pemenang-pemenang LIBRESSE® THE HUNT menghabiskan tengah hari dengan kedua-dua selebriti terkenal ini selain membawa pulang hadiah-hadiah menarik. 

 "Libresse The Hunt" Misi Mencari Tuala Wanita Baharu!

 "Libresse The Hunt" Misi Mencari Tuala Wanita Baharu!  "Libresse The Hunt" Misi Mencari Tuala Wanita Baharu!  "Libresse The Hunt" Misi Mencari Tuala Wanita Baharu!

Rangkaian terbaru ini boleh didapati di kebanyakan pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, pasar mini dan kedai runcit di seluruh Malaysia. Rangkaian Libresse® Tanpa Haruman. dijual pada harga dari RM2.95 ke RM14.90 manakala rangkaian Mengawal Bau, Haruman Teh Hijau adalah di antara RM3.30 ke RM15.90. 

www.libresse.com.my  

http://www.facebook.com/LibresseMalaysia

#LibresseTheHunt

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

2 comments on ““Libresse The Hunt” Misi Mencari Tuala Wanita Baharu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge