Pengambaran Video Philips VisaPure

Sebagai blogger, peluang untuk muncul di dalam video kadang-kadang ia memberi pengalaman yang bagus untuk menambah baik gemuruh di hadapan kamera. Ruby menerima jemputan pihak Philips untuk merakam pengambaran video Philips VisaPure. VisaPure adalah alat membersih wajah terkini dan sangat efektif untuk kita semua.

Ruby telah menggunakan Philips VisaPure sebulan lebih. Jadi, bila untuk rakam video agak mudah la kan. Permintaan dari Philips adalah bawa 3 kawan bersama. Kawan selain blogger. Alamak! Ruby dah le anti sosial. Errr. Hahaha. Anti sosial ke? Ruby tidak ada kawan tapi ada kawan. Macam mana tu ya? Ada beberapa skop ruby tidak faham bab berkawan ni. Ada yang siap geng, ada yang kena ikut kemana aja mereka pergi, ada yang suka melepak, ada yang nak keluar selalu. Macam mana nak ikut kehendak semua tu? Ruby bukannya ada masa dan duit pun. Lebih baik duk rumah je. Alhamdulillah kawan ada di mana-mana cumanya medium lain la kita guna untuk kekal berhubung. Whatsapp? Hehehe.

image

Disebabkan masa rakaman video tak nak kawan dari kalangan blogger. Ruby hubungi kawan-kawan lama Ruby. Ya Allah dah macam reunion dah tau. Happy sangat. Tapi ruby bawa juga sorang kawan blogger si Uzu dari Sabah tu. Hehehe. Macam unik sangat video Philips VisaPure bila ada suara Uzu tu. Hahaha.

2 orang kawan Ruby adalah kawan masa ruby sekolah. Sabariah dan Zaty. Dua orang ni kawan yang rapat masa sekolah dulu. Tapi macam biasa la masing-masing sibuk. Jadi kami dah tak berhubung bertahun juga la. Hehehehe.

image

Lokasi rakaman video di Restoran Munakata Ramen, Precinct 5, Putrajaya. Call time jam 8 pagi. Hah bergegas ke sana awal pagi. Rupanya ada 4 kumpulan kena buat rakaman video ni. Kumpulan pertama yang sampai adalah Farah Waheda, Najeeb, Yanty dan Ayu. Awal gila sampai ke lokasi. Tapi mereka shoot yang terakhir, kematu bontot mereka tunggu. Ruby second last rakam video sebab kaki dah cramp buat Treasure Hunt sabtu semalam. Hahaha. Terima kasih Farah bg laluan kat Ruby untuk shoot video dahulu.

image

image

Ada 5 frame kena buat. Semua macam rakaman spontan, rilek dan ekspresi muka mainkan peranan. Hehehe.

image

Keseluruhan penggambaran memang best. Pengalaman baru untuk Sabariah, Uzu dan Zaty. Ruby pula menimba lagi pengalaman supaya lebih mesra dengan kamera. Sebelum ni gemuruh siap sejuk tangan lagi. Hahaha. Skrip semua siap blackout lagi. Kali ini Ruby berjaya juga tangani masalah gemuruh dan sama-sama dengan kawan-kawan menghasilkan video yang terbaik. InsyaAllah.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Pengambaran Video Philips VisaPure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.