Rawatan Rambut Muslimah Di Chinta Hair Salon

Ruby cuba buat Rawatan Rambut Muslimah Di Chinta Hair Salon. Pertama kali! Hehehe. Huwaaa susah giler nak cari salon rambut yang ada bahagian muslimah. Ruby google, jumpa di Hurun Ain Oasis TTDI dan Jazeerat El-Rahah, Bangi je. Tapi nak pergi tiada masa pula. Bila hari Deepavali ni ada masa dan call untuk tempahan tiada pula angkat telefon. Jadi, main henfon tengok instagram Fasha Sandha. Hahaha. Tengok kot salon dia ada bahagian muslimah tak. Hehehe. Yes ada!

Tiada temujanji, tiada telefon. Ruby terjah je Chinta Hair Salon di Wangsa Maju ni. Bersebelahan Wangsa Walk je. Parking untuk pelanggan juga disediakan. Mudahnya! Sebelum masuk, senarai harga servis semua dah terpampang di tangga. Ruby ingat nak Wash, Cut dan Blow je. RM 40 je. Murah weyy.

Bila naik atas, tekan loceng dan staff pun buka pintu. Ruby terus tanya “busy ke? saya tidak buat appointment. Takpe ke nak buat rawatan?”. Nana pun cakap “agak busy sikit tapi akak tunggu kejap sebab ada pelanggan dah nak selesai dah.”. Haaa. Nasib baik boleh. Hahaha.

image

Tunggu dalam 30 minit. 4 orang pelanggan dan staff 3 orang je ada. Kena la layan pelanggan kan. Kang jahanam rambut orang naya je. Bila turn Ruby dah tiba. Ruby dilayan oleh Ezan. Dia tanya nak buat apa kak? Sebab ruby bertudung, so dia tak boleh nak suggest apa-apa la kan bila ruby cakap nak cut, wash dan blow. Hehehe. Bila dah buka hijab. Haaaaa.. Terus dia cadang buat rawatan. Rawatan ada 3 jenis. Yang biasa, yang untuk kulit kepala rambut kering dan rawatan Wella. Dia kata Wella yang paling bagus. Sambil dia belek-belek rambut. Hahaahaa.

Ruby pun proceed je. Memang nak buat rawatan pun. Rasa macam rambut ni dah jadi mangsa dera si Adam. Habis gugur dan ditarik-tariknya. Wuwuwuwu.

image

Pertama sekali Cik Ezan buat adalah cuci rambut. Dia syampu sambil urut-urut. Ahhhh sedap giler. Memang lega bila dia urut kepala. Kemudian urut belakang badan pula. Ya Allah. Rasa nak meniarap je. Hahahaha. Kemudian dia syampu lagi rambut Ruby. Double syampu la ni kan. Terbaik lah.

Kemudian pergi basuh. Seterusnya buat rawatan Wella tu. Pakai mesin stim dan tunggu dalam 30 minit dalam mesin wap kepala tu. Basuh rambut sekali lagi. Kemudian potong rambut. Hehehehe. Dah tak larat Adam asyik tarik rambut, potong juga akhirnya macam Chef Kylie Kwong. Hahaha.

image

Kemudian spray tonik dekat kulit kepala dan blow dengan pengering rambut. Rambut gugur banyak sekarang ni. Dah mula pakai tonik. Huwaaa. Takpelah. Untuk cantik depan suami. Gitewww.

image

Ruby buat rawatan di Chinta Hair Salon ni bernilai RM 160. Alhamdulillah selesa dan boleh datang lagi. 1 bulan sekali untuk jaga rambut apa salahnya kan. Sebab berhijab ni kena triple penjagaan. Kalau tidak, rambut kering dan mudah kusut. Ruby beli tonik juga. RM 50 jer. Hahaha. Tonik ni sejuk betul. Pakai 3 kali seminggu sebelum tidur. Best!!! Senang tidur malam lepas ni.

Chinta Hair Salon & Beauty

No. 33-1,
Jalan Wangsa Delima 13,
Wangsa Link,
53300 Kuala Lumpur
No Tel : 0341433084
Waktu Beroperasi : 11.30 pagi – 10 malam ( Selasa – Ahad)

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “Rawatan Rambut Muslimah Di Chinta Hair Salon

    Shevoux Professional

    (January 22, 2018 - 12:26 pm)

    Thanks sis sharing. Good info. Lepas ni boleh try.

    Uolls yang area utara kalau rasa jauh boleh try Shevoux Professional Muslimah Hair Salon di Kulim Hi Tech. Just google Shevoux akan keluar location 🙂

    https://www.facebook.com/shevouxsalon/

    wildan

    (June 3, 2015 - 9:11 pm)

    Senangnya bisa merawat rambut dengan baik,
    wildan´s last blog post ..Perbaikan Kulit Malam HariMy Profile

    Sara

    (February 9, 2015 - 11:01 pm)

    Salam kak,

    nak tanya sikit, pekerja dia semua melayu ke? saya tanya sebab perempuan kan tak boleh buka aurat dekat wanita bukan islam ^^

      Ruby

      (February 11, 2015 - 12:31 pm)

      Sara, aurat sesama wanita tidak berdosa walaupun berlainan agama. melainkan si polan bernafsu sesama jantina, tetiba naik syahwat. tapi itu kita tak tahu pun kawan-kawan kita ada naik syahwat ngan kita. kan? ehehehehe.

      Chinta Salon pekerja dia wanita dan lelaki (lembut). Cuma ada ruangan muslimah yang mereka sediakan. Ada tirai langsir. Dua kerusi dan cermin untuk sesi gunting dan treatment. Untuk cuci rambut kena berjalan ke bahagian washer kat belakang tu.

        suria

        (July 1, 2015 - 11:57 am)

        Ruby, kat chinta tu ada provide service rebonding n inai rambut jugak tak?

    hafifee

    (January 2, 2015 - 2:51 pm)

    Kami dari Pusat Rawatan Rambut MyShine Sdn Bhd. 1st trial RM50. Call 0177020718 utk temujanji dan hadiah misteri.
    Hentikan masalah keguguran, kelimumur anda, suburkan kulit kepala anda, dgn MyShine. Produk kami juga boleh didapati di pasaran

    gina

    (November 7, 2014 - 12:16 pm)

    Wanita berjiljab memang diperlukan pengurusan rambut yang lebih extra.
    gina´s last blog post ..Kondom Untuk Pencegahan Dan Penularan HIV & AIDSMy Profile

    Hanim Hashim

    (October 23, 2014 - 9:38 am)

    Wow! menarik! walaupun berhijab rambut kita mesti kekal bersih dan segar sepanjang masa. Kalau tak, memang tak boleh nak concentrate buat keje kan 😉
    Hanim Hashim´s last blog post ..KrisisMy Profile

    Nadia johari

    (October 23, 2014 - 3:43 am)

    Memang susah nak cari tempat muslimah..rambut kite ni kene jaga sebab bertudung kan
    Nadia johari´s last blog post ..CERAMAH & ZIKIR PERDANA HIJRAH ROHANIMy Profile

    akubiomed

    (October 22, 2014 - 10:34 pm)

    Rambut adalah mahkota bagi wanita perlu dijaga baik. Wanita sangat bimbang kalau rambut gugur dan bercabang.
    akubiomed´s last blog post ..Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.