Resepi Asam Pedas Melaka Dari Che Ad

      6 Comments on Resepi Asam Pedas Melaka Dari Che Ad

Asam pedas memang makanan kegemaran ruby. Mak pun tahu. Masa umur 10 tahun dah makan Asam Pedas. Masa tu makan di rumah jiran yang berasal dari Negeri Melaka. Mak perhati je ruby dan adik-adik makan. Lepas tu mak pun berguru la dengan jiran sebelah rumah tu. Tapi, sayangnya ruby tak pandai masak asam pedas. Bila menyertai program KCC1M Negeri Melaka – Selami Keagungan Sejarah & Warisan. Ruby berpeluang belajar resepi Asam pedas! Yahooo! Ruby belajar resepi Asam Pedas Melaka dari Che Ad. Beliau pun bermurah hati memberi resepi. Jom kita belajar. Hahaha.

image

image

Bahan-Bahan :
2 camca Minyak Masak
5 keping Ikan Tenggiri
100gram Bendi
500ml Air Asam Jawa
5 helai Daun Limau Purut
20 biji Cili Kering
8 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
3cm Halia
1cm Kunyit Hidup
2 batang Serai
Garam secukup rasa

Cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus sehingga garing.
2. Kemudian masukkan serai yang dititik dan masak lagi buat seketika.
3. Masukkan Ikan bersama Air Asam Jawa
4. Apabila telah mendidih, masukkan pula daun limau purut dan garam.

Kalau malas nak kupas bawang dan kisar bahan. Beli la pes Asam Pedas. Mudah aje! Masak dalam kuali dan masuk air asam jawa dan ikan. Siap! Hahaha.

image

image

Bergambar bersama Che Ad. Pengusaha homestay dan chef asam pedas yang paling sedap di Melaka. Dapat makan Asam Pedas Ikan Pari semalam. Memang layan.. Ruby ambil ikang pari, bendi dan makan ngan nasi putih panas-panas. Sedap sangat!

www.gayatravel.com.my

Che Ad
5395, Km 16, Kg Pulai, 77300, Merlimau, Melaka.
Tel : 017- 683 2162/ 014- 713 2168

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

6 comments on “Resepi Asam Pedas Melaka Dari Che Ad

  1. Zhia Aala

    Saya nak cuba resipi ni. Mudah2an menjadi, sbb kurang pandai masak asam pedas ni. Lagipun resipinya simple dan sempoi, tak ada bahan merepek2…..suka resipi macam ini, yang penting sedad dimakan. YOSH!!!Gambare!!!!

    Reply
  2. yatiesahlan

    next time Mummy Bella bawa uols jumpa pembuat sebenar Pes Asam Pedas Jasmani yang dalam paket tu yer. Pasti korang tak kering gusi melayan Chef K nanti.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.