Roadshow Dan Peraduan Collection Cosmetics Lookbook

Bila bab peraduan mekap-mekap dan fesyen, teruja nak join. Masa tu mula lah nak shopping pakaian untuk sesuaikan dengan tema yang diinginkan oleh penganjur. Hahaha. Hari ini Ruby ingin jemput anda semua untuk sertai roadshow dan peraduan Collection Cosmetics Lookbook. Anda suka mekap? Suka berfesyen? Inilah masanya! Hadiah sangat lumayan kerana sebuah telefon pintar Xiaomi!
image

image

image

Anda suka OOTD, FOTD, LOTD? Jom tunjukkan idea-idea menarik anda di COLLECTION LOOKBOOK CONTEST!. Anda boleh sertai melalui laman facebook Collection Cosmetics dan laman instagram. Hadiah menarik menanti anda! RM800 rangkaian produk Collection Makeup dan wardrobe by F Block, Top-To-Toe Makeover Party bersama Nelydia Senrose atau sebuah Xiaomi MI3 gadget serta Photoshoot bersama Nelydia Senrose. Mana satu yang anda inginkan???? Cepat-cepat hantar gambar anda! Hehehe.
image

Selain itu Collection Cosmetics akan mengadakan Roadshow di Universiti di Malaysia. Diantaranya di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan UiTM. Disini anda boleh mencuba tata rias menggunakan rangkaian mekap dari Collection Cosmetics!. Anda boleh bertanya, solekan apa yang sesuai untuk wajah anda. Bertanya tips untuk bermain dengan rona ceria eye shadow ke? Atau mungkin anda ingin tahu sama ada perlua atau tidak memakai concealer dan foundation? Bagaimana ingin aplikasikan kedua produk tersebut? Semuanya anda boleh belajar di Roadshow Collection Cosmetics. Hehe.

Roadshow bermula dari 10am – 4pm. Berikut adalah tarikh Roadshow untuk makluman anda semua.

1 Oktober 2014 Rabu – UPM
8 Oktober 2014 Rabu – UM
15 Oktober 2014 (WED) UiTM*
*khas untuk pelajar dan staff UiTM sahaja

image

Laptop juga turut disediakan untuk anda memuat naik gambar untuk mengikut tema mingguan peraduan Collection Lookbook! Peraduan bermula dari 24 September hingga 21 Oktober 2014. 1 bulan! Hanya 4 minggu sahaja peraduan ini. Minggu pertama bertema Candy Crush! Ruby hantar gambar di bawah ini. Hehehe.
image

Candy Crush tak? Hahahahaha. OOTD sangat bewarna warni. Mudah je kan untuk menyertai peraduan ini kan.

www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY

www.collectioncosmetics.co.uk

instagram.com/collectionmalaysia
#CollectionLookBook #CollectionMY

www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY/app

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Roadshow Dan Peraduan Collection Cosmetics Lookbook

    Collection Cosmetics LOOKBOOK - Ruby.My

    (October 9, 2014 - 11:16 pm)

    […] ni ruby ada blog berkenaan Collection Cosmetics LOOKBOOK yang berlangsung di Facebook dan Instagram. Sekarang dah minggu ke tiga. Peraduan ini selama 4 […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.