Salam Aidil Adha #KelabBloggerBenAshaari

      11 Comments on Salam Aidil Adha #KelabBloggerBenAshaari

Sempena Hari Raya Aidil Adha ruby ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau buruk perangai ke. Salam Aidil Adha #KelabBloggerBenAshaari..  Ruby juga salah seorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari #KelabBloggerBenAshaari. Selama jadi blogger ni. Ruby join semua kelab blogger. Sama ada aktif atau tidak aje.

image

Ada kelab untuk menambah ilmu dan setiap kelab memberi pandangan berbeza. Dari aspek agama, pengiklanan, penulisan, konsisten, blog walking, berkawan, hosting, domain, tutorial, popular dan macam-macam lagi. Dan semua kelab ini saling melengkapi bila kita satu kan kesemuanya. InsyaAllah ilmu yang dicari akan anda temui.

Ruby mula rapat dengan KBBA kerana keikhlasan mereka berkawan. Ruby dah rasa macam mana bila kita ni tidak diundang untuk join mana-mana kelab blogger disebabkan ruby lebih dikenali dikalangan PR, Media. Tapi rezeki tu dari Allah s.w.t. Lone ranger dan berilmu dengan senior blogger je. Berguru dengan blogger cina. Pergi buat liputan FREE. Dari FREE, lama kelamaan berbayar. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Ruby bukannya lawa mana dan disayangi mana2 agensi. Tapi dengan konsisten, dapat rezeki advertorial, ambassador dan macam-macam lagi.

Tapi sayang, ruby tiada kawan dan pengomen tegar di blog. Dikalangan blogger ramai argue kenapa blog ruby.my dipilih sedangkan komentar tiada. Tapi sebab apa client pilih? Itu hanya ruby dan dia sahaja tahu. Hahaha. Apa yang penting tidak perlu kipas, air cond atau bagi exhaust fan. Ruby pernah dengar ada blogger cakap ruby kuat kipas. Takkan sebab rajin kemas pinggan majlis makan dah cakap kuat kipas? Itu rajin la dol.

Lihatlah ada je dari pelbagai sudut orang tidak suka kita. Tapi kita perlu berserah dan tawakal untuk apa sahaja yang diusahakan. Sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Sedangkan kita tidak diterima oleh mereka, kenapa perlu terhegeh-hegeh mencari benda yang tidak perlukan kita? Hargai mereka yang ada disekeliling kita. Yang makin menjauh, ruby harap kita tidak akan terputus siratullrahim. Ini adalah bahagian yang ruby perlu terima kerana bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Niat untuk berjaya, bukan untuk menambah musuh. InsyaAllah.

image

Hari ini ruby mohon maaf jika ada yang tidak menyukai ruby join #kelabbloggerbenashaari. Malah ada yang dah tidak berkongsi event dengan ruby lagi. Sedangkan event sebelum-sebelum ini ruby kongsi dengan mereka. Ruby masih seperti dulu. Teman untuk anda berbicara, berkongsi rasa dan emosi. Jangan kerana kelab ini kita makin menjauh. Kelab Blogger Ben Ashaari tidak memaksa ruby join. Tetapi mereka menjemput ruby. Kerana.. Mereka tahu ruby memerlukan sahabat.

Barakallah. Semoga hidup kita lebih teratur dan dimurahkan rezeki yang halal. Amin! Salam Aidil Adha!

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

11 comments on “Salam Aidil Adha #KelabBloggerBenAshaari

  1. akubiomed

    Selamat menyambut hari Raya Kurban kepada Ruby sekeluarga. Rezeki masing-masing, kalau dengar komen negatif orang memang tidak kesudahan. Menjadi diri sendiri adalah lebih baik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge