Selamat Datang Brasil 2014

      2 Comments on Selamat Datang Brasil 2014

Brasil, apa yang kita tahu tentang Brasil? Kalau Ruby, Ruby tahu berkenaan acara Samba, seni mempertahankan diri Capoeira, pemain bola sepak terkemuka dunia, muzik lambada dan wanita cantik dari negara Brasil sahaja. Hahaha. Pada 24 Oktober 2014 hingga 26 Oktober 2014 akan diadakan acara Selamat Datang Brasil 2014! Disini anda boleh kenali budaya, adat dan apa yang orang Brasil lakukan di negara mereka. Makanan? Tarian? Gaya Hidup? semuanya anda dapat lihat disini!

Acara : Selamat Datang Brasil 2014
Tarikh : 24 Oktober – 26 Oktober 2014
Lokasi : Level 3, Avenue K, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

 

Lokasi acara sangat mudah untuk anda pergi iaitu di Avenue K. Naik pengangkutan awam Kelana Jaya Line ke stesen KLCC dan belok kanan ke Avenue K. Sampai!

Selamat Datang Brasil 2014

Diantara aktiviti yang di sediakan adalah

  • Bengkel untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Persembahan kebudayaan
  • Aktiviti Percuma
  • Pop Kuis dan Hadiah!
  • Malam Budaya Brazil

 

Selamat Datang Brasil 2014 Program

“Selamat Datang Brasil 2014” merupakan acara silang budaya diantara Brazil dan Malaysia yang dianjurkan olehBrazil em Festa Performance Company’s Capoeira School dan telah menjadi acara tahunan. Bagi tahun 2014 adalah tahun ke dua bagi negara Malaysia. Pada tahun 2013 diadakan di Publika. Acara ini juga telah mendapat perhatian dari  negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

 

 

Brazil em Festa Performance Company’s Capoeira School bertempat di Mont Kiara dan Kompleks Sukan Bangsar. Sekolah ini mengajar Capoeira dan ekspresi budaya Brazil. Seperti tarian seperti Samba, Brazil Afro, Maculelê, Puxada de Rede dan banyak lagi. Beberapa acara kemuncak adalah bengkel Samba, Silat, Bhangra dan Majlis Batizado untuk pelajar Capoeira. Kira macam tukar tali Taekwondo tu. Tapi ini Capoeira. Hehehe.

Batizado  merupakan acara tahunan untuk kumpulan Capoeira di wilayah atau negara. Amalan Capoeira Batizados berasal dari Capoeira Regional, tetapi telah digunakan secara meluas oleh kumpulan-kumpulan Capoeira Contemporânea. Unikkan?

Selamat Datang Brazil 2014

“Selamat Datang Brasil 2014” ditaja oleh Avenue K dan Seni é Vida Fitness Studio. Acara ini juga disokong oleh Kedutaan Brazil di Kuala Lumpur. Acara ini PERCUMA! Jom kita meriahkannya!

www.facebook.com/events

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

2 comments on “Selamat Datang Brasil 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge