Uji Keberanian Di Serama Park Melaka

      5 Comments on Uji Keberanian Di Serama Park Melaka

Bila kali terakhir kita bermain sukan extreme? Macam flying fox, bergayut-gayut atas pokok seperti Monkey Walk? ATV Ride? Buggy Ride? Motocross? Menunggang Kuda? Jom Uji Keberanian Di Serama Park Melaka. Lokasi di sini sangat sesuai untuk anda dan keluarga anda beriadah. Jika pihak sekolah ingin mengadakan kem motivasi atau keberanian diri. Di syorkan ke Serama Park ni.

Banyak aktiviti dan pengisian disediakan sehingga kami yang media ni pun teruja nak cuba semua. Melepas gian dengan aktiviti macam ni. Dah lama tak bergayut dan mencabar adrenalin. Ruby naik ATV dan Buggy dengan si Merey aje. Tak reti bawa. Wakakaka. Tapi sangat enjoy!

image

Peta di Serama Park. Luas dan sesuai untuk semua peringkat umur.

image

En Fauzi dari Serama Park.

image

Ayam Serama yang menjadi “trademark” tempat rekreasi ini. Habis si Adam tarik kepak ayam tu. Adam fikir itu haiwan apa la agaknya kan. Lembut berkepak. Hahaha. Betul kata pepatah, bila waktu kecil… kita berani mencuba. Hahaha.

image

Motocross pun menjadi rebutan kami semua untuk mencuba. Abang jurukamera pun mencuba! Seronok betul ni. Hahaha.

image

Salman dan Kid. ATV dan Buggy ni siap kami berebut-rebut nak naik. Jadi pembonceng pun takpa la. Janji dapat naik. Wakakaka.

image

Anas dan ATV nya. Anda boleh main selama 20 minit. Ada trek mudah dan berliku-liku sehingga ke empangan. Kalau ada masa yang panjang, nak naik ATV sampai ke empangan pastu memancing dan berkhemah. Ewaaaahhh.. Layan keindahan malam.

image

Inilah Merey. Merey Schumacher katanya!! Dari Buggy ke ATV. Seronok! Orang duk kotor baju langgar becak. Kami baju bersih lagi. Hahahaha.

image

image

Akak Ida ni cuba monkey walk. Ruby gayat. Tak berani nak cuba. Sejak bersalin ni cam takut je nak lasak-lasak. Tapi menunggang kuda nak pula. Hahaha. Ni Adam bergambar sekejap. Pastu mak dia gi menunggang. Miahahahaha.

image

Masih belum puas lagi menikmati semua aktiviti di Serama Park. Lepas ni mesti datang lagi. Nak cuba semua. Hehehe.

www.gayatravel.com.my

facebook.com/SeramaParkMelaka

Lot 2727&2729,
Jalan Padang Keladi,
Durian Tunggal
Kampong Alor Gajah,
Melaka, Malaysia
No Tel : 06-553 3957
Waktu Operasi : 10 pagi – 6 petang

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

5 comments on “Uji Keberanian Di Serama Park Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge