“AIA-Letter For The Future” Khas Buat Adam

LFF-0001

Ruby, sebagai ibu kepada seorang baby yang berusia 10 bulan. Ruby amat syukur kerana kemunculan Adam menyempurnakan keluaga Ruby. Sedikit demi sedikit la Ruby sudah boleh memahami ‘bahasa’ Adam  kesayangan saya. Ruby tidak sabar untuk melihat Adam berjalan dan panggil “mama”, “ommaa”, “mami” atau  “maa” ??? 

Adam adalah anak pertama, dan Ruby sentiasa membayangkan apa akan jadi jika Adam sudah dewasa nanti. Adakah dia seorang yang rajin belajar? Pandai berfikir?  Pandai muzik? Ataupun dia akan jadi blogger yang famous ? HAHA. Memang seronok tengok anak membesar depan mata kita. 

Sebagai blogger, Ruby sentiasa mengemaskini pelbagai progres perkembangan Adam dalam blog, dan Ruby tahu ni akan jadi amat seronok kalau ruby membaca balik semua ni selepas 30 tahun nanti. Hari tu, Ruby berkenan dengan ayat ini  Do you find it easier to say “study hard” than “I love you”? Sometimes it’s hard to say things you mean the most.” daripada AIA sangat bermakna.

LFF-0002

Selepas survey, baru tau ni adalah “Letter for the Future” bagi kita sesiapa sebagai ibubapa untuk menuliskan sesuatu yang bermakna bagi anak kita di masa depan.

Ruby rasa, surat untuk anak ni adalah idea yang bagus untuk kita lakukan. Dengan cara ini, baru lah kita dapat abadikan kenangan dengan menulis surat untuk anak dan meluahkan apa-apa yang kita ingin menyampaikan kepada anak kita supaya dia dapat memahami perasaan kasih and cinta mama melalui perkataan yang ruby mungkin tidak berani meluahkan dari secara lisan.

LFF-0003

Ruby sangat sedih apabila ruby melihat video En Ronasina dan isteri, Ruby berasa sedih sebab kekuatan yang dimiliki oleh mereka. Bukan mudah untuk melakukan semua itu. Pengorbanan demi pengorbanan telah mereka lakukan demi anak-anak.

Ruby pun tidak tahu bagaimana nak memiliki semangat kental seperti En Ronasina. Tetapi Ruby tahu bila ia berkaitan dengan anak-anak, secara automatik ibu dan ayah akan menjadi kuat. Tidak kira apa jua keadaan anak itu. Bila anak sakit, ibu dan ayah berusaha untuk memulihkan anak. Mereka juga sedaya upaya mencari dana dan mengumpul wang untuk rawatan. Tidak kira apa cara sekali pun, jika perlu kerja lebih masa. Ibu dan ayah pasti akan membanting tulang untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak.

Wahai anakku, kehidupan ku telah seratus peratus ku berikan untuk mu setelah ibu lmelahirkan mu. Apa sahaja yang terbaik untuk mu akan ku lakukan. Bila melihat pengalaman kehidupan ibu bapa yang lain, Ruby teringat pula kisah Ruby dan Adam. Adam dilahirkan pra-matang 32 minggu awal. Walaupun dia dilahirkan sihat, tetapi beberapa prosedur perlu dilakukan sepanjang di NICU. Dengan keadaan dia yang sangat kecil 2.03kg sahaja. Ruby hari-hari menangis, sebab kesian tengok keadaan dia. Nak naikkan berat badan Adam kepada 2.9kg memang cabaran buat Ruby. Pam susu tiap 3 jam. Susukan dia tiap 3 jam.

LFF-0004

Ya, benar kata orang tua-tua dahulu kala. Apa sahaja untuk anak, akan kita laksanakan tanpa disuruh. Seperti telah diajar sedangkan baru lahirkan anak yang pertama. Itulah kehidupan, Allah s.w.t berikan akal fikiran untuk kita semua.

“Letter for the Future” dari AIA adalah idea yang bagus bagi kita ibu bapa memperingati anak-anak bahawa demi kamu wahai anak, aku kuat!

Ruby sudahpun tuliskan surat untuk Adam dan dah tak sabar-sabar nak terima capsule tu dah! Kalau nak baca surat Ruby tu boleh pergi link ni : http://lettersforthefuture.meltwaterrise.com/entry/1308768

Ruby rasa semua ibubapa harus cuba menuliskan satu surat bagi anak anak juga!

Link kat sini  http://lettersforthefuture.meltwaterrise.com/?utm_source=rab_post&utm_medium=sp&utm_campaign=LFTF

Boleh tulis dalam Malay, English dan Bahasa Cina jugak! Selain itu,1000 entries yang pertama boleh dapat surat dipackage dalam capsule yang cantik bagi simpanan Adam untuk masa depan nanti .

LFF-0005

XOXO!

image

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on ““AIA-Letter For The Future” Khas Buat Adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.