Tropico 5

TROPICO 54

 

Bila sudah banyak kerja maka berganding lah dengan tekanan, bagi menghilangkan rasa tekanan yang di hadapi oleh saya, bermain permainan Tropico 5 di Xbox360 dapat membantunya.hehe

Tropico 5 adalah satu siri permainan video mengenai simulasi pembinaan bandar. Di dalam permainan ini kita menjadi seorang presiden untuk menaikkan status ekonomi, taraf hidup dan negara Tropico. Permainan ini menentukan anda sebagai seorang pemerintah yang bagus ataupun tidak.

TROPICO 51

Di dalam dunia Tropico 5 ini ada kempen yang melaksanakan mengikut perjalanan asal cerita bagaimana Tropico menjadi salah satu negara yang dikenali . Permulaannya adalah senang untuk menyelesaikannya kerana kita tidak perlu berdepan dengan pelbagai karenah kroni dalam negara, politik, dan kumpulan-kumpulan terntentu.

Setelah mengharungi berbagai kesusahan ekonomi, politik dan sosial dalaman, Tropico memberi kepuasan ynag jelas kerana permainan ini menunjukkan kita adalah seorang perancang yang bagus ataupun tidak. Sebagai seorang pemerintah, haruslah menintik berat semua aspek dalam kehidupan, jika menjana kewangan bagus tetapi tidak untuk sosial tidak bagus juga kerana semua aspek diambil kira.

TROPICO 52

Permainan ini juga ada untuk tidak mengikut kempen, kita boleh mula membina bandar dari kosong hingga lah menjadi satu tempat yang jadi tarikan didalam dunia.  Seperti biasa, segala bencana dari segi ekonomi, politik, sosial dan alam sekitar sentiasa ada untuk mengagalkan misi utnuk membina sebuah negara di atas sebuah pulau yang menawan.

Untu menjadi seorang presiden yang bagus, kita perlu menilai semua nasihat-nasihat dari setiap kumpulan. Kita cuba memenuhi setiap kehendak dan keperluan yang sesuai utntuk merealisasikan semua itu. Permainan Tropico ini dapat membuatkan kita jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Permainan ini juga boleh membuatkan kita ketagih dan jika itu terjadi, haruslah kita menetapkan berapa masa kita habiskan untuk permainan ini. Bagi saya, sudah cukup bila tahap tekanan sudah tiada baik berhenti bermain.

TROPICO 53

Kepada yang berminat dengan permainan video simulasi dan strategi, haruslah anda cuba dahulu permainan ini. Sebagai seorang blogger kita kena pandai merancag sesuatu pekerjaan. Permainan ini membantu dari segi itu, walaupun ianya adalah satu permainan dimana konsepnya kita boleh guna dalam kehidupan seharian. Untuk permainan Tropico 5 ini, saya bagi 8.4/10.

XOXOX!!

wpid-sign5-1.png.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Tropico 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.