Ke Jawa Tengah Bersama Air Asia

Hari ini adalah hari yang dinanti-nanti oleh Ruby! Yay dapat bercuti ke Jawa Tengah, Indonesia tajaan oleh Air Asia! Syukur Alhamdulillah kerana sebagai blogger, ini adalah peluang keemasan yang dinantikan oleh kita semua. Jom ke Jawa Tengah dengan Air Asia!

Tatkala menerima jemputan email, melompat girang sebab nampak Borobudur tu. Tempat ni tapak warisan UNESCO yang sangat unik walaupun ia adalah patung Budha. Tapi kita boleh lihat betapa uniknya rekabentuk loceng dan batu yang digunakan.

image

En Naz, Ruby, Eve, Sohoque, Lee dan Ayyap.

Jadi, sebelum nak mendarat di Lapangan Terbang Ahmad Yani, Semarang. Ruby ingin kongsikan apa yang Ruby buat di dalam kapal terbang AK 328. Hehehe.

Penerbangan selama 2 jam sahaja. Ibarat dari Kuala Lumpur ke Penang. Wah gituuu. Sekejap je kan. Kemudian pengalaman di KLIA2 memang teruja dan siap sesat bagai lagi. Hahaha. Suami turunkan di balai berlepas. Masuk dalam tu ada Old Town White Coffee. Kemudian kena jalan lagi sedikit untuk sampai ke tempat daftar masuk bagasi. Hahaha. Tempat daftar bagasi banyak betul! Tak sesak pun dan semuanya berjalan dengan lancar.

Masuk ke Penerbangan Luar Negara kena check dengan imegresen passport dan boarding pass. Untuk cek nama dan butiran sama ke tidak kedua-duanya. Kemudian masuk dalam dan beratur untuk scan buku passport ibu jari kanan. Pertama kali gunakan sistem ni. Memang blur habis. Hahahaha.

Masuk dalam dan letakkan bag dalam scanner. Kemudian jalan lah ke pintu Q19. Jauh haaa. Hahaha. Tapi best la sebab boleh cuci mata dan kerusi di tepi-tepi pun banyak. Kalau tidak larat boleh duduk sekejap kan.

image

Di dalam kapal terbang AK328 Ruby banyak tidur je. Cover balik tidur malam tadi yang tidak lena. Hahahaha. Makanan pula sudah semestinya all time favourite iaitu Nasi Lemak Pak Nasser yang bernilai RM 15. Sedapp seperti  biasa. Hehe. Lepas tu isi borang “Arrival/Departure Card” dan “Customs Declaration”.

image

image

Okaylah banyak pula pengenalan untuk percutian ke Jawa Tengah ni. Nanti Ruby update lagi ya.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

9 thoughts on “Ke Jawa Tengah Bersama Air Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.