Running Man Hotlink Race Start In Malaysia Season 2

Pengalaman dapat melihat sendiri para pemain Running Man memang best! Sebab mereka ni sangat spontan! Mesra dan mereka juga teruja ingin berjumpa dengan peminat dari Negara Malaysia. Running Man Hotlink Race Start In Malaysia Season 2 memberi fenomena kepada semua peminat siri realiti show kerana mereka mengadakan 1 hari acara. Dari pagi Ruby mengikuti mereka. Ruby pun salah seorang peminat Running Man walaupun Ruby media untuk membuat laporan. Wakakaka.

image

Terigat dulu masa pertama kali menontin Running Man, adik sedara la yang tunjuk rancangan Running Man. Bagi tau nama setiap pemain dan dia pun amat meminati Kim Jong Kook. Episod yang dia bagi Ruby dan suami tengok adalah yang Zoo tu. Jong Kook jadi harimau.Lee Kwang Soo jadi Zirafah. Hahaha. Lee Kwang Soo pula nyanyi lagu Temptation of Housewife pula! Terus gelak berdekah-dekah dan Ruby amat meminati Lee Kwang Soo.

Pemain dalam rancangan Running Man ni semua ada kelebihan masing-masing. Macam Song Ji Hyo beliau selalu muka blur kan? Tapi licik! Haha nampak macam extreme tapi saling membantu kawan-kawan walaupun selalu kena belot ngan Lee Kwang Soo dam Jee Seok Jin. Easy Brother kan. Hahahaha. Kim Jong Kook yang sado ni pun penyeri rancangan Running Man. Sebab dia bawa watak tegas dan ganas. Tiap kali dia keluar mesti harimau mengaum. Hahaha. Jee Seok Jin pula adalah ahli tua. Selalu nampak dia ketinggalan. Tapi bila dia dapat task jadi hero. Dia buat sehabis baik! Gary dan Somg Ji Hyo comel sangat bersama. Monday couple. Yoo Jae Sook pula macam genius kan? Dia ni banyak berfikir dalam rancangan Running Man. Bila dia tersingkir awal. Dia pula akan mengacara rancangan tu untuk kawan-kawan dia. Kelakar betol.

Dengar cerita rancangan Running Man ni dah bersiaran di Korea Selatan sejak 2010. Ruby mula menonton sekitar tahun 2013. Hahaha. Jenuh menonton secara dalam talian episod-episod lama Running Man. Hehehe.

image

image

image

Pada Sabtu 1 November 2014. Ruby hadiri sidang media Hotlink Race Start In Malaysia Season 2 di Double Tree by Hilton. Kemudian ke Paradigm Mall untuk sesi Meet and Greet. 5 Petang ke Stadium Merdeka Kuala Lumpur untuk acara kemuncak!

image

image

image

Peminat berpeluang bermain permainan monopoly bersama ahli Running Man. Jeles okay tengok mereka boleh berselfie dengan ahli Running Man! Huwaaa.

Walau apa pun terima kasih kepada One TV Asia, OneHd dan Roots Asia kerana memberi peluang untuk Ruby membuat liputan Running Man. Hehehe.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Running Man Hotlink Race Start In Malaysia Season 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.