Anak Dan Masalah

Anak dan masalah? Kebiasannya mana ada anak bagi masalah. Tambahan bayi kecil yang tidak faham dunia ni penuh dengan pancaroba. Hahaha. Bila ada sesuatu masalah atau musibah melanda. Ruby lebih suka berdiam diri dan fikir kemudian dah dapat solusi terus tarik nafas dalam-dalam dan cakap “InsyaAllah aku boleh”.

Mungkin ruby patut tukar tajuk blog ini kepada “anak dan rezeki” kerana mereka yang memberi semangat ibu bapa lebih bekerja lebih rajin dan bertanggungjawab. Bukan kerja kerana terpaksa semata-mata. Enjoy kerja pasti kehidupan pun kita enjoy. Anak dan keluarga happy.

Ruby sering dapat kerja yang memerlukan ruang yang senyap. Sebab penulis blog macam ruby memang perlu keadaan senyap. Tapi bila ada anak. Korang rasa waktu bila nak perah idea dan menulis? Hahaha. Anak berjaga, kita kena layan. Kalau dia bosan mula lah dia usik semua benda dalam rumah ni. Ikut jadual baby mandi makan tido main insyaAllah mudah skit kerja. Tapi depend pada mood mereka. Sampai tantrum nanti langsung tak ikut jadual dah. Hahaha.

Ruby ada situasi masa tu kunci kereta tertinggal dalam kereta. Bayangkan dengan anak dan barang-barang untuk pergi meeting. Nak hantar anak ke pah dia lagi. Kena fikir cepat mcm mana nak setel masalah tanpa melibatkan anak. Kesian kalau baby ikut ruby. Dia pun letih juga kan. Kalau boleh taknak la ganggu masa dia membesar ni walaupun baby memang happy bila ikut ibu dia pergi kerja.

So ruby pun buka Sony Xperia Z3 dan cari aplikasi Taxi Monger. Nasib baik ada teksi. Hantar baby ke opah dia dan kemudian taxi tu hantar balik ke kereta. Kemudian call bantuan iaitu pakar aksesori kereta. Dah selesai buka pintu dan terus ke meeting. Masalah kita tak tau bila tiba. Kalau boleh jangan cari masalah. Jika masalah tiba. Hadapi dengan tenang. InsyaAllah semuanya akan baik dan kita tidak stress dan memarahi orang sekeliling atau anak.

Enjoy kehidupan kita!

xoxo!

Ruby

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Anak Dan Masalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.