Bila Adam Selsema

Bila Adam Selsema, memang ruby susah hati. Sebab? Kesian tengok dia merengek susah bernafas dan paling ruby sangat-sangat risau adalah bila bunyi mukus sewaktu Adam bernafas. Adoi. Memang bawa lari ke toilet untuj direct sedut mukus dari hidung dia. Guna mulut. Part ni memang ramai geli nak lakukan. Tapi, demi anak? Ku buang jauh-jauh rasa geli tu. Suami ruby guna tiub tu. Hehehe.

Pada asalnya tak tahu nak ke klinik mana. Klinik keluarga mana satu yang bagus. Google dapat Klinik Wangsa tapi bila telefon tak jawab pula. Jadi, ruby fikir untuk ke klinik yang dah lama ruby tak pergi iaitu Klinik Idzham.

image

image

Doktor cek Adam, suhu 37. Tak demam. Tapi muka merah dan badan panas. Hurmm mungkin sebab selsema kot. Ruby minta NEB. Doktor bagi 2ml dan Adam sangat baik semasa menggubakan gas tu. Mungkin dia selesa bila gas tu masuk dalam rongga pernafasan.

image

Alahai kesiannya anak ibu. Punca Adam selsema? Hurmmm. Ni silap ruby lepas keluar bawa Adam kemana-mana tidak mandikan dia setelah balik rumah. Sebab ruby penat dan terlelap bersama Adam.

Ruby ke pasar yang ada orang merokok hembus asap selamba dan pekerja pasar yang batuk tapi tidak tutup mulut dengan sapu tangan atau tisu. Adam masih bayi jadi mudah untuk kena infeksi. Ini kali pertama Adam selesena dan perlukan NEB.

Doktor bagi ubat antibiotik, ubat deman dan ubat titis di hidung. Semua RM 65.

Bila fikir balik silap ruby tak mandikan Adam sebab penat dan terlelap. Bila dia sakit selsema lagi triple penat sebab mood swing, berjaga malam, susah tidur dan macam2 lagi. Nak dukung je.

Doakan Adam sihat k.

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Bila Adam Selsema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.