Borobudur, Central Java

Borobudur, Central Java adalah lokasi tempat bersejarah yang ruby ingin sangat pergi. Bukan kerana perbezaan ikutan agama tetapi lebih kepada ingin melihat sendiri struktur keunikan bangunan itu sendiri. Borobudur, banyak kisah menarik yang ruby dengar dan paling tertarik adalah ia ada kaitan dengan kisah Dewa-dewa, Bunga Teratai, Sambutan Hari Wesak, Negeri Saba’, kisah Nabi Sulaiman A.S, tapak warisan UNESCO dan banyak lagi.

Jadi, ruby rasa sangat bertuah dapat ke Borobudur. Tambahan pula pada hari lawatan ini juga adalah Majlis “200 Tahun Penemuan Candi Borobudur”. Ruby dapat melihat Borobudur pada waktu jam 3 pagi. Waktu itu kabus tebal dan bagi ruby yang tidak pernah ke sini hanya berjalan kosong. Berjalan kosong sampai semua peserta lawatan berhenti dan kemudian ruby tanya “kita dimana?”. Mas Danang pun berkata “kita mahu ke Candi Borobudur, rasanya udah sampai”. Sambil itu ruby mengeluarkan kamera dan cuba untuk rekod, tetapi suasana berkabus dan gelap! Tiba-tiba kabus tebal berlalu dan ruby nampak bangunan besar di hadapan ruby. “Ehhhhh!!! Subhanallah!!” Itu yang terkeluar dari mulut ruby apabila ternampak Candi Borobudur. Subhanallah!

 

Borobudur-Central-Java-5 Borobudur-Central-Java-2 Borobudur-Central-Java-8 Borobudur-Central-Java-7

Sami akan mengelilingi Candi Borobudur ikut arah jam sebanyak 7 kali dan Encik Harry Wisnu memainkan 300 muzik Jazz dan Broadways. Bayangkan beliau memainkan lagu-lagu itu sambil mengelilingi Candi Borobudur dari 12.45AM hingga 4.30PM. Beliau hanya berhenti rehat untuk makan dan solat sahaja.

Walaupun kita berbeza agama dan budaya, tetapi kita teruja dan bersyukur kerana di beri peluang untuk melihat peradaban penginggalan sejarah.

Borobudur adalah candi Buddha Mahayana dari abad ke-9 yang terletak di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Candi Borobodur terdiri dari 6 teras yang di atasnya terdapat tiga landasan berbentuk pusingan serta dihiasi dengan 2,672 batu ukiran dan 504 patung Buddha. Kubah utamanya terletak di tengah bulatan dan dikelilingi oleh 72 patung Buddha dengan posisi duduk di dalam stupa berongga.

Candi Borobudur memiliki dua fungsi, iaitu sebagai kuil atau tempat pertapaan sang Buddha sekaligus tempat ziarah bagi pengganut agama Buddha. Laluan ziarah pengganut agama Buddha dimulai dari bahagian dasar candi kemudian berjalan mengelilingi candi. Kemudian menaiki tangga menuju puncak melalui tiga fasa kosmologi Buddha iaitu Kamadhatu (kehidupan setelah dunia), Rupadhatu (dunia yang masih berbentuk) dan Arupadhatu (nirwana)

Keberadaban Candi Borobudur diketahui dunia pada 1814 oleh Stamford Raffles, yang pada ketika itu Jawa dibawah jajahan Inggeris. Borobudur telah beberapa kali di baik pulih setelah peperangan dan bencana alam seperti gunung berapi. Tetapi baik pulih besar-besaran telah dilakukan pada 1975 dan 1982 yang ditanggung oleh Pemerintah Indonesia dan UNESCO.

Borobudur mendapat beberapa anugerah dunia seperti Guiness World Record (27 Jun 2012) sebagai Candi Buddha terbesar di dunia dengan tuntutan kaji selidik terbanyak. Sejarah Borobudur sangat unik kerana ia melibatkan beberapa peradaban. Dari tekstur batu dan bongkah batu juga kita boleh tahu ia bukan hanya 200 tahun.

Borobudur-Central-Java-12 Borobudur-Central-Java-28 Borobudur-Central-Java-26 Borobudur-Central-Java-15 Borobudur-Central-Java-10 Borobudur-Central-Java-19 Borobudur-Central-Java-14 Borobudur-Central-Java-31 Borobudur-Central-Java-27 Borobudur-Central-Java-17 Borobudur-Central-Java-24 Borobudur-Central-Java-30 Borobudur-Central-Java-21 Borobudur-Central-Java-23

Bagi Ruby sebagai pengganut agama Islam dan membaca kisah nabi, ada logiknya Candi Borobudur telah ada sejak zaman Nabi Sulaiman A.S iaitu Nabi yang ke 18 daripada 25 Nabi. Ramai yang keliru dengan sejarah agama kita semua. Iya benar manusia pertama adalah Nabi Adam A.S tetapi agama Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W dari peristiwa Israk dan Mikraj. Kisah-kisah 25 Nabi ada menceritakan bagaimana kita sebagai manusia tercari-cari sesuatu untuk percaya. Ada yang sembah berhala dan pada ketika itu turunnya 4 kitab (Taurat, Zabur, Injil, Al-Quran) untuk panduan kita. Tetapi melalui utusan Allah s.w.t iaitu Nabi dan Rasul.

Borobudur-Central-Java-20

Sedikit teguran kepada pengurusan Candi Borobudur, oleh kerana Ruby telah kesana dan rasai bagaiamana keadaan di sana. Ruby mohon jaga lah warisan yang dimiliki ini dengan meletakkan had limit pengunjung yang boleh naik ke sana. Pada Hari Wesak ruby pasti ramai pengunjung tetapi hari biasa lagi ramai! Nak naik tangga pun tunggu 30 minit sebab pengunjung yang ingin turun ke bawah penuh. Ini kerana blok batu di tangga adalah 45 darjah, jadi bahaya jika mereka tidak memegang apa-apa tiang. Maka kiri kanan tangga penuh la orang.

Kemudian laluan untuk warga tua. Kasihan mereka. Mereka ingin melihat juga sejarah dunia ini tetapi bahaya! Ingin turun tangga begitu seperti gambar diatas? Jom kita minum kopi di Manohara Center For Borobodur Study je la pakcik. Hehehe.

Bahagian atas pula dipenuhi pengunjung, nak ambil gambar patung dan permandangan dari atas terganggu dengan ada yang memakai payung. Ada juga yang memanjat batu-batu candi tu. Bagaimana ingin memelihara batu-batu ini? Ia terlalu lama dan lambat laun akan merekah dan menjadi pasir.

Selepas melawat Borobudur, wajib kita membeli souvenir di sini. Rajin-rajin tawar-menawar kerana mereka akan beri harga yang sangat-sangat murah!

Borobudur-Central-Java-25 Borobudur-Central-Java-18 Borobudur-Central-Java-16 Borobudur-Central-Java-13 Borobudur-Central-Java-6 Borobudur-Central-Java-1

 www.borobudurpark.co.id

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

P/S : Media Familiarization Trip to Central Java diterbangkan oleh Air Asia dan artikel ini dikemaskini menggunakan Sony Xperia Z3.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Borobudur, Central Java

    akubiomed

    (January 1, 2015 - 12:26 am)

    Buat masa ini mampu melihat gambar-gambar tapak sejarah warisan dunia. Mungkin suatu hari boleh melihat secara dekat.
    akubiomed´s last blog post ..Coklat daim LangkawiMy Profile

    sal

    (December 31, 2014 - 9:24 am)

    ala…bestnyer….wishlist…tapi tak tau tahunnyer bila….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.