Demam Pesta Buku Big Bad Wolf

Demam Pesta Buku Big Bad Wolf dah mrnjadi aktiviti tahunan yang wajib semua rakyat Makaysia join! Kalau tak join memang anda rugi. Tambahan jika anda yang suka membaca. Dengan berbekalkan RM 200 ruby ke MIECC pada 15 Disember 2014 jam 1 pagi. Hahahaha.

Ruby tahu berkenaan Big Bad Wolf ni masa bekerja di Tourism Selangor. Rakan satu office excited dengan Kemunculan Big Bad Wolf pada tahun 2011. Masa tu ruby selalu dapat live update dari rakan sepejabat berkenaan buku murah dan hasil shopping dia. Ruby tak berkesempatan pergi. Tahun ni baru dapat pergi, itupun paksa suami keluar waktu tengah malam. Hahahahahaa. Siang-siang nanti ruby pengsan dengan ramai orang. Hahahaa.

image

Tarikh : 5 – 21 December 2014

Lokasi : Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)

Masa:
Bermula 7 am 5 Dec
Tamat 11.59 pm 21 Dec

Big Bad Wolf ni jualan murah buku-buku selama 24 jam. Jadi, anda boleh ke sana bila-bila masa. Ruby pilih tengah malam sebab tak sesak sangat. Parking pun mudah. RM 3 sekali masuk. Dalam Big Bad Wolf lebih kurang 4 jam juga membeli belah. Hehehehe. Belek buku itu buku ini. Paling lama kat bahagian buku anak-anak. Comel sangat. Dan murah!

image

image

image

image

image

image

Jumlah yang ruby gunakan adalah RM 151 gitu. Hahahaha. Banyak buku yang ruby dapat. Semua yang ruby suka baca. Ruby ke big bad wolf cari Encyclopedia je. Bila buku besar ni mudah dan jelas nampak penceritaan sesuatu buku. Nak terapkan membaca kat Adam ruby beli Elmo tu. Hahahaha.

Bagi ruby acara tahunan begini sangat bagus. Boleh menerapkan hobi membaca selama setahun. Tips ke Big Bad Wolf ni kita kena datang awal sebab buku best-best banyak habis. Kata orang laaa. Tapi ruby tengok macam sama je. Sebab apa yang anda minat membaca adalah berbeza dengan orang lain. Ruby suka baca pasal sejarah. Takkan buku sejarah dah habis. Mereka akan restock. Jadi, jangan give up buku tiada. MIECC tu besar! Mesti beli buku punya.

Encyclopedia China ruby beli RM 3 jer.. Ada je stock kan? Hehehe. Di Big Bad Wolf boleh bawa troli sendiri. Best kan? Anda wajib datang ke Big Bad Wolf!!

xoxo!

Ruby

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Demam Pesta Buku Big Bad Wolf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.