Fesyen LookBook, Colour Eyebrow Kit, Urbanista Lip Crayon Dari COLLECTION Cosmetics

Fesyen LookBook, Colour Eyebrow Kit, Urbanista Lip Crayon Dari COLLECTION Cosmetics?? Minggu lalu ruby berkesempatan ke COLLECTION LOOKBOOK Party. Pada acara ini 3 produk dilancarkan iaitu buku Fesyen LookBook, Work The Colour Eyebrow Kit, Urbanista Lip Crayon dari COLLECTION Cosmetics.

Ramai selebriti tanah air, rakan blogger dan media turut hadir memeriahkan majlis. Diantara aktiviti yang diadakan adalah berdasarkan kad tema yang diberikan, ruby kena pergi ke booth set fotografi yang disediakan dan bergambar disana mengikut tema “Glamour Glitz”. Hahaha.

image

Buku Fesyen LookBook ini menampilkan 4 gaya yang menjadi ikutan dan mudah untuk diaplikasikan oleh sesiapa sahaja mengikut keselesaan si pemakai. Jangan lupa gunakan mekap rangkain Collection Cosmetics untuk hasil yang lebih bagus!

image

image

image

image

Urbanista Lip Crayon ini adalah hot item di semua farmasi. Habis stock ruby tengok di Watson’s KLCC. Harga seunit adalah RM 24.90. Ada lapan warna menarik untuk anda. Tekstur adalah matte, lembab dan kemas. Ruby paling suka Weekend Wild tu. Nanti next blog post ruby buat review k. Color swatches.

image

image

Ini pula Work The Colour Eyebrow Kit . Kebiasaanya ramai antara kita malas nak rapikan kening. Sebab dah ingat kening tu tak perlu di touch up macam bibir, mata dan pipi. Biar je kening tu bersepah-sepah. Ruby faham sebagai orang Islam kita tak cukur kening. Tapi kita boleh rapikan kening agar kita nampak kemas dan bersih.

Set Work The Colour Eyebrow Kit ni bernilai RM 33.90. Ada 3 warna untuk anda kemaskan kening tu. Rubt selalu guna berus dan warna coklat tu je. Sebab kening tak berapa nak nampak. Jadi pakai macam tu je. Senang sangat!

Jom kita ke booth fotografi. Untuk ambil gambar ikut tema LookBook dan kad tema yang ruby dapat tadi. Walaupun dapat kad tema Glamour Glitz, ruby tetap ambil gambar dengan tema yang lain juga. Hehehe.

image

 

Tema : Glamour Glitz

image

 

Tema : Candy Crush

image

 

Tema : Gorgeously Sweet

image

 

Tema : Rocker Chic

www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY

www.collectioncosmetics.co.uk

instagram.com/collectionmalaysia

#CollectionLookBook #CollectionMY

Own It, Work It, Love It

xoxo!
wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3. Setiap gambar adalah hak milik www.ruby.my. Jika ingin menggunakan mana-mana gambar sila kredit ke blog ini. Terima kasih.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Fesyen LookBook, Colour Eyebrow Kit, Urbanista Lip Crayon Dari COLLECTION Cosmetics

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.