Big Hero 6

big-hero-6-001

Big Hero 6 adalah filem animasi yang baru. Dari pereka animasi yang terkenal Frozen. Ianya adalah animasi yang ke-54 keluaran walt disney.

Kepada yang tidak sempat menonton cerita ini. Saya tulis sinopsisnya okay. Cerita ini mengisahkan seorang budak genius bernama Hiro Hamada. Hiro Hamada banyak habiskan bakat dan kepandaiannya hanya untuk perlawanan robot.

Abang kepada Hiro Hamada , Tadashi risau akan adiknya mensia-siakan kepandaiannya lalu membawanya ke makmal universiti. Di situ, Hiro bertemu dengan kawan-kawan abangnya. Di situ juga, Hiro telah dapat satu ilham untuk menjadi seperti abangnya. Setelah, keterujaan dengan kawan-kawan abgnya. Tadashi menemukan rekaan terhebatnya sebuah robot yang bernama Baymax. Dengan adanya Baymax, Tadashi berharap dapat membantu masyarakat dari segi kesihatan.

Hiro akhirnya nekad ingin memasuki unversiti yang sama dengan abangnya. Setelah berbulan-bulan mencipta rekaan terhebat, akhirnya dia bersedia dengan mikrobot yang  mampu membina dan berubah mengikut apa yang diingini dan Hiro diterima masuk.

Pada  malam itu, berlaku satu kebakaran dan Tadashi meluru masuk ke dalam Universiti yang terbakar. Tadashi mati dalam tragedi tersebut. Hiro sangat terkesan dengan kematian abangnya secara tidak sengaja mengaktifkan Baymax. Maka bermula lah pengembaraan Baymax dan Hiro. Kalau hendak tahu bagaimana boleh terjadinya hero-hero ini, saksikan dahulu di pawagam yang berhampiran.

Big-Hero-6-002

Filem animasi ini bernilai 165 juta dolar dan mendapat sambutan hangat sebanyak 225.4 juta dolar. Kelainan dalam animasi, komedi dan kesedihan diterap dengan baik. Plot yang menarik minat bukan sahaja menarik minat kanak-kanak malahan orang dewasa. Dengan kekuatan grafik yang mantap, bandar yang futuristik dan superhero yang cool. Ruby bagi 9.5/10. Selamat menonton. 🙂

XOXO!!!

wpid-wp-1416146634074.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Big Hero 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.