Hotel Grand Artos Aerowisata, Magelang, Central Java. Ruby berkesempatan menginap di sini semasa Trip Central Java bersama Air Asia. Hotel ini terletak di jalan utama segitiga emas di Provinsi Jawa Tengah yang dikelilingi oleh pemandangan alam yang indah. Grand Artos Aerowisata Hotel & Convention adalah hotel bertaraf 4 bintang dengan dilengkapi fasiliti yang menyambung ke Artos Mall, bukan sahaja menawarkan kemudahan tetapi juga keindahan alam semula jadi di Magelang.
Hanya 60 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sutjipto dan 45 minit ke stesen keretapi Tugu di Yogyakarta. Lokasi hotel yang strategik untuk melawat tempat bersejarah Borobudur dengan hanya 15 minit memandu. Jika trafik tidak sesak. Hehehe.
Ruby menginap bersama Ibu Vera di bilik Superior. Bilik Superior mempunyai saiz 27.3 meter persegi dan dilengkapi dengan penghawa dingin, TV LCD dengan siaran stesen tempatan & antarabangsa TV, pancuran berdiri, pengering rambut, sambungan Wi-Fi percuma, peti keselamatan, bar mini, meja, kerusi, sofa eksklusif, telefon & pelbagai fungsi kabinet.
Bilik Superior ini bernilai dari RM 130.00 hingga RM 300.00 satu malam bergantung kepada musim. Musim cuti umum kebiasaannya RM 300++ satu malam. Katil boleh pilih nak katil bujang berdua, bertiga, queen atau katil tambahan pun boleh.
Sepanjang 2 malam di Hotel Grand Artos Aerowisata, Magelang, Central Java. Ruby rasa selesa dan mudah. Ada insiden di mana ruby punya universal plug tersalah bawa, jadi ruby ke Artos Mall untuk beli soket. Hahahaha. Tanya dekat staff bertugas di Carrefour dan mereka membantu dengan bagus sekali. Walaupun perbezaan sedikit bahasa melayu dan jawa tetapi mereka faham. Hahaha. Juruwang di Carrefour sangat peramah. Perkenalkan diri dan ucap selamat lagi. Inilah sikap yang ruby suka apabila berada di Indonesia.
Hotel Grand Artos Aerowisata, Magelang, Central Java
Jl. Mayjend. Bambang Sugeng no.1 Magelang, Central Java
56172 INDONESIA
Telephone : (+62)293 321 8888
Fax : (+62)293 321 8880??
info@grandartoshotel.com
reservation@grandartoshotel.com
www.grandartoshotel.com
xoxo!
P/S : Media Familiarization Trip to Central Java diterbangkan oleh Air Asia dan artikel ini dikemaskini menggunakan Sony Xperia Z3.
1 thought on “Hotel Grand Artos Aerowisata, Magelang, Central Java”
akubiomed
(January 1, 2015 - 11:42 am)Harga hotel yang berpatutan dan nampak bilik hotelnya cantik serta bersih.
akubiomed´s last blog post ..Coklat daim Langkawi