Klang Parade Bloggers Day Out

      No Comments on Klang Parade Bloggers Day Out

Ingat lagi bangunan Pasaraya Klang Parade yang dulunya tidak hidup kerana keadaan bangunannya yang tidak menarik perhatian pengunjung. Hanya penduduk sekitarnya sahaja yang sering ke Klang Parade. Baru-baru ini telah diadakan Klang Parade Bloggers Day Out. Ini juga pertama kali ruby ke sini. Masa mula-mula perjalanan dari Wangsa Maju agak skeptikal la la kan. Mesti kawasan pendalaman Klang Parade ni. Ruby hanya gunakan Nokia Here+ Map untuk kesana. Laluan selepas tol batu tiga terus map mengarahkan ruby untuk masuk ke AEON Jusco Bukit Raja. Ehhhh kenapa masuk sini pula. Kemudian jalan terus lagi dan nampak la bangunan Klang Parade yang baru dan cantik! Masuk bahagian parking dan terus ke ruang tengah untuk berkumpul.

Wah, teruja dengan pasaraya Klang Parade sebab persekitaran yang baru dan modern. Ramai juga pengunjung. Hehehe. Jadi kami pun memulakan aktiviti yang telah disediakan oleh Klang Parade. Pertama sekali kami bergambar beramai-ramai, dan mulakan aktiviti karaoke, main di arked, pergi kedai cenderahati, main game teppanyaki, sesi fotografi ala-ala hip hop dan akhir sekali pergi jumpa Upin & Ipin. hehehehe.

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-17 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-5 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-1

Tarian dari Rejuvenate Dance Crew. Mereka ini adalah pemenang 2nd Runner’s Up untuk rancangan 8TV Showdown All Stars beberapa tahun lalu dan kini telah membuka studio tarian iaitu Peanut Butter Studio di Klang Parade!

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-8

Sesi karaoke di Firezone Family Ktv Klang Parade. Rakan-rakan dari #KelabBloggerBenAshaari mengasah bakat. Bakat terpendam!

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-20 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-9

Kami di Circus-Circus Klang Parade. Main arked! Yay!!!! Di sini kami menari, main tikam dan main kuda. Hahahaha. Tak sedar diri dah beranak ni duk main game kanak-kanak. Hahaha. Release stresssss.

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-18 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-15 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-10 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-12 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-4 Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-6

Kemudian kami ke kedai Little Hearts dan selfie bersama anak patung yang dijual disana. Comel semua souvenir di sini. Boleh dijadikan hadiah untuk sambutan hari lahir atau hari natal yang bakal tiba!

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-11

Jom ke Teppanyaki Grill untuk bermain teka teki makanan. Hahahaha.

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-21Mereka bagi ruby rasa cendawan, ayam dan kulit karot! Kahkahkahkah ingatkan bagi amenda la panjang-panjang tu. Takut nak gigit!

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-7

Di next Hip Hop Avenue Klang Parade banyak pakaian dan keperluan fashion dijual. Memang tempat shopping la untuk kami ni. Hehehe. Pose hip hop bersama abang PCL dan Ivy Kam. Selepas bergambar kami pun ke next  Food Junction untuk makan! Baucar RM 30 untuk makan di sini! Wow!!!

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-19

 

Akhir sekali dapat juga bergambar dengan Upin Dan Ipin! Yay!!!!

Klang-Parade-Bloggers-Day-Out-16

 

Team yang bertungkus lumus menjadikan aktiviti hari ini berjaya! Terima kasih Event Plus Marketing!

Klang Parade adalah pusat membeli-belah dan riadah untuk penduduk kawasan Klang and Shah Alam. Klang Parade dimiliki oleh Lion Klang Parade Sdn Bhd dan diuruskan oleh ARA Asset Management Limited.
 
Klang Parade 
2112, KM2 Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3343 7889

facebook.com/KlangParade

instagram.com/klangparadeshopping

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge