Kopi Di MesaStila Resort, Central Java

Bagi anda yang mencintai keindahan alam dan kedaimaian udara segar, MesaStila Resort adalah jawapannya. Tetapi perkara yang unik dan ingin Ruby rungkaikan adalah Kopi Di MesaStila Resort, Central Java. Di sini tanaman kopi terdapat pelbagai jenis malah turut di jual.

MesaStila terletak di antara Semarang, Lapangan Terbang Jogjakarta dan Lapangan Terbang Solo. Ia mengambil masa 45 minit dengan pesawat dari Jakarta ke Semarang, 60 minit dari Jakarta ke Jogjakarta atau Lapangan Terbang Solo dan 60 minit dari Bali ke Jogjakarta atau Lapangan Terbang Solo. Jika anda menaiki kenderaan kereta, ia mengambil masa kira-kira satu setengah jam dari Lapangan Terbang Semarang dan dua jam dari Lapangan Terbang Jogjakarta atau Lapangan Terbang Solo untuk ke MesaStila.

Apabila Ruby berada di sini, segar dan nyaman adalah ayat yang paling sesuai untuk MesaStila Resort. Di sini Ruby dibawa melawat kebun kopi dan hasil tanaman lain. Pelbagai pokok herba, sayuran dan buah-buahan di tanam di sini. Jadi, semua makanan untuk pengunjung di MesaStila Resort mendapat hasil organik dari pihak Resort itu sendiri. Bagus kan?

Kawasan MesaStila juga dingin, tetapi masih sesuai untuk memakai t-shirt. Jika melakukan aktiviti seperti berlari, yoga, urutan dan relax minda di kawasan ini pasti anda suka.

Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java1 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java13 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java5 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java12 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java8 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java3 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java9

Jom minum petang di House of Coffee. Selain kopi, minuman jamu juga turut disediakan. Sebelum minum kopi, cuba minum jamu terlebih dahulu. Seteguk cawan kecil boleh membangkitkan tenaga tau! Hahaha. Kemudian kita boleh lihat sendiri bagaimana kopi diproses di MesaStila Resort. Mereka menggunakan cara tradisional dengan membakar biji kopi secara putaran. Sambil bakar, sambil bau aroma kopi. Urmmmmm.. Nyaman.

Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java15 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java11 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java16 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java7 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java6 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java14 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java10 Kopi-Di-MesaStila-Resort-Central-Java4

Di MesaStila, ruby dapat belajar cara baru menikmati kopi selain minum. Biji kopi yang belum di kisar sangat enak dimakan dengan gula melaka! Iya gula melaka! Caranya ambil sebiji kopi dan seketul kecil gula melaka. Kemudian masukkan terus ke dalam mulut. Kunyah bersama-sama. Kopi rangup dan pahit dicampur dengan gula melaka? Jadilah…. Sedap! Hehehehe.

Terima kasih MesaStila! MesaStila Resort sebelum ini dikenali sebagai Losari Spa Retreat & Coffee Plantation.

www.facebook.com/MesaStila

www.mesahotelsandresorts.com/mesastila/

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

P/S : Media Familiarization Trip to Central Java diterbangkan oleh Air Asia dan artikel ini dikemaskini menggunakan Sony Xperia Z3.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Kopi Di MesaStila Resort, Central Java

    akubiomed

    (January 1, 2015 - 11:39 am)

    Kurang gemar minum kopi sebab tidak selesa selepas minum. Untunglah pengemar kopi.
    akubiomed´s last blog post ..Coklat daim LangkawiMy Profile

    MrJocko

    (December 30, 2014 - 11:59 am)

    kopi asli cam ni memang fresh dan sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.