Kualiti Hari Esok Bermula Dengan #MYDunlopilloMoments

Kualiti Hari Esok Bermula Dengan #MYDunlopilloMoments. Dunlopillo adalah jenama yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Kenapa? Kerana ia bukan sekadar tilam. Empuk dan selesa itu tagline ruby bagi. Sesuai sangat kan? Hehehe. Teringat dulu bila baby Adam baru dilahirkan dan didukung oleh pakcik sedara yang berbadan comel. Beliau cakap “mari dekat pakcik, pakcik ada Dunlopillo”. Jadi, semua orang tahu selesa dan empuknya berada diatas tilam Dunlopillo.

image

Cerita ruby mungkin sama dengan orang lain mengenai #MYDunlopilloMoments tetapi cara ruby mengingati setiap kenangan mungkin berlainan. Ruby bukanlah orang senang. Tetapi bab tilam, tempat tidur mesti mak dan ayah cari yang terbaik. Semasa kecil semua adik beradik perempuan tidur bersama-sama. Bila dah remaja, kami diasingkan dan mak beli katil bujang. Bila masuk universiti Ruby dapat katil saiz queen dan tilam Dunlopillo. Masa tu seronok sangat.

image

Tiap malam tidur tepat jam 10 malam. Bangun jam 6 pagi. Bila tilam selesa, kita akan tidur selesa. Bangun pun tidak sakit-sakit badan. Pergi kuliah pun on time. Hehehe. Kemudian dah masuk alam pekerjaan. Banyak masa tidur berkurang sebab kerja Ruby waktu 7 pagi 3 petang. 3 petang 11 malam. 11 malam 7 pagi. Lepas tu ada keje ofis kena buat event. Kadang habis lewat pagi. Memang kelam kabut waktu tidur. Ruby pula suka buat overtime dah jadi musang bila overtime waktu malam. Esok balik rumah dah tidak boleh tidur. Sebab dah terbiasa hari siang mana boleh tidur. Tetapi kalau lepas mandi dan baring je di atas tilam Dunlopillo mesti tidur. Hahaha. Kalau dekat sofa terbaring macam mana pun mesti tak boleh tidur. Hehehe.

Cerita ini berterusan bila sudah berumah-tangga. Bila dah kawin. Hurmm. Tilam ini lah tempat kami bercerita aktiviti harian. Bersembang tentang Allah s.w.t. Luah perasaan tentang kehidupan. Berkongsi pendapat tentang keadaan sekeliling. Kerana kami terlalu sibuk. Hanya tilam Dunlopillo jadi saksi. Macam bedtime story. Bersembang sampai terlelap. Hehehe.

image

image

Bila dah ada baby Adam. Cerita #MYDunlopilloMoments menjadi lebih seronok. Bila ada baby, jika tilam tak selesa dan se empuk Dunlopillo mesti akan sakit-sakit badan. Emosi tidak stabil dan hari esoknya muka moody. Teringat pengalaman berpantang. Syukur sangat ada Dunlopillo sebab masa ni tuhan je tau macam mana emosi ruby tak stabil dan stress dengan baby. Bingit dengar dia menangis. Kemudian waktu malam kena susukan baby, tukar lampin. Masa pula tidak menentu. Memang tidak lena tidur. Anak menangis mana lah kita boleh pekakkan telinga. Ye tak?

image

Bila baby dah besar dia pun tidak mahu tidur dalam baby cot. Lebih suka tidur dengan ibu dan ayah. Kami dapat limited space. Hahaha. Kami siap tidur di sisi-sisi tilam je. Itu pun dah selesa sangat bagi ruby dan suami. Kerana kenangan itu susah untuk dicipta sekali lagi. Bila baby Adam kejut ibu ayah bangun tidur dia panjat belakang ibu. Dia buka kelopak mata ayah. Dia kuis-kuis kaki dia dekat punggun kami. Dia panggil ma ma ma ma ma. Yah yah yah yah. Untuk kejutkan kami tidur. Dengan Dunlopillo kami tidur selesa dan ada personal Clock Alarm iaitu baby Adam. Sekarang katil ini Adam yang punyaaaaa. Hehehe.

image

Ini cerita ruby. Cerita anda bagaimana pula? Tinggalkan Pesanan Istimewa Untuk Orang Yang Tersayang Dengan Kempen ‘Setiap Tilam Ada Kisahnya”. Ia bukan sekadar tilam, ia mencipta memori indah. Apakah #MYDunlopilloMoments anda? Kongsikan di laman Facebook Dunlopillo di facebook.com/DunlopilloWorld dan tontoni perbualan bersama Elaine Daly dan kaji selidik yang dijalankan.

image

Dunlopillo, kami percaya bahawa tilam bukan sekadar tempat tidur – ia juga tempat untuk mencipta memori-memori intim dan istimewa serta berkongsi impian dan harapan,” jelas Ignatio Pastor, Naib Presiden Dunlopillo Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati pameran Dunlopillo di bilik pameran kami di Sunway Pyramid setiap hujung minggu bermula 22 November 2014.

xoxo!

wpid-sign5-1.png.png

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

1 comment on “Kualiti Hari Esok Bermula Dengan #MYDunlopilloMoments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge