Pengalaman Memakai Pewarna Kuku

      4 Comments on Pengalaman Memakai Pewarna Kuku

Pengalaman memakai pewarna kuku?? Ya pewarna kuku yang kebiasaanya dipakai oleh rakan-rakan non muslim. Ruby bukan sengaja pakai. Tapi lebih kepada ingin tahu apa perasaannya pakai pewarna kuku. Maafkan ruby jika terlalu ingin tahu. Tapi, ruby cuba sehari ketika datang haid. Elok pula haid habis dan mula risau macam mana nak bersihkan kuku ni untuk mandi wajib dan solat?

Jadi jom baca kisah ruby ni. Pada mulanya teruja dengan cantiknya koleksi pewarna kuku. Ruby tertarik dengan warna merah rossy. Nampak sihat je kuku. Plain gel pewarna kuku je ruby minat. Bukan yang nail art ada corak macam-macam tu. Sambil buat manicure kemudian satu persatu jari kuku dirias. Wah cantiknya.

image

Inilah hasilnya. Tetapi menjadi panik bila nak membersihkannya. Kerana ini pertama kali dan ruby taknak la tercedera pula kulit sekeliling kuku tu. Perasaan dah tak tentu arah sebab rasa diri tidak bersih setelah habis haid dan mandi wajib tapi tidak selesa. Macam tidak tertib je bila ada bahan lain di badan kita. Sedangkan shampoo rambut kalau tidak bersih, mandi wajib tak diterima sebab cecair shampoo tu bukan air mutlak. Jadi, kalau pewarna kuku?

Ruby dah minta izin masa nak pakai pewarna kuku tu. Ruby cakap untuk tahu apa perasaan bila pakai. Suami izinkan tapi bersyarat la kan. Bila dia nampak ruby macam lambat je penuhkan syaratnya iaitu tidak tinggal solat. Dia pun bawa Ruby ke The Curve. Cari kedai manicure. Hehehehe. Rasa malu gila pula bila suami yang bawa ke situ.

image

Lokasi Nails Garden di e@Curve. Bagus staff bernama Pei Yee tu. Selesa dengan hasil pembersihan yang dilakukan. Hehehe.

image

Ruby warna kuku tu di event secara percuma. Sekarang untuk cuci warna dan buat manicure kena lah keluarkan duit. RM 43 manicure nail buffer dan cuci pewarna kuku RM 18. Suami belanja. Malu giler dah ni.

image

Tadaaa dah bersih. Hehehehe. Dah boleh mandi wajib dan solat. Solat taubat juga yang paling penting. Serius ruby tidak selesa pakai pewarna kuku.

Ruby tahu ada kawan-kawan kita yang pakai pewarna kuku. Ada yang pakai terus dan ada pakai ketika datang haid sahaja. Tapi ruby tak selesa pada bila-bila masa pun dengan pewarna kuku ni. Nak makan pakai tangan macam sayang je pewarna kuku tu tercalar. Tapi makan pakai tangan lah baru feel kuah kari dan lemak kuning. Ye tak?

Ini pengalaman ruby. Harap tiada siapa yang tersinggung. Nak marah ruby marah la. Memang salah ruby. ????????????????????

xoxo!

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Sony Xperia Z3

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 comments on “Pengalaman Memakai Pewarna Kuku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge